Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Industri tayar perlu transformasi digital untuk kekal berdaya saing
  • TEMPATAN

Industri tayar perlu transformasi digital untuk kekal berdaya saing

Utusan Sarawak 3 days ago
UNTUK KENANGAN.…. Wong Soon Koh, Michael Tiang Ming Tee serta yang lain merakam kenangan majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-45 Persatuan Peniaga dan Pengedar Tayar Sarawak serta Pelantikan Ahli Jawatankuasa ke-23 di sebuah hotel terkemuka di Sibu, malam tadi.

SIBU: Industri tayar di Sarawak perlu berani melakukan pembaharuan serta bergerak seiring perkembangan semasa bagi memastikan ia kekal berdaya saing dalam persekitaran ekonomi serantau dan global yang semakin mencabar.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing berkata, strategi pemasaran industri tersebut perlu diperkembangkan daripada kaedah tradisional luar talian kepada platform dalam talian, sejajar dengan era digital.

“Dalam menghadapi permintaan pengguna yang semakin kompleks serta piawaian perkhidmatan yang semakin ketat, hanya melalui pembelajaran berterusan, inovasi berterusan, penerapan teknologi digital dan pengurusan pintar barulah industri dapat mengekalkan daya saingnya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh ketika mewakili beliau pada majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-45 Persatuan Peniaga dan Pengedar Tayar Sarawak serta Pelantikan Ahli Jawatankuasa ke-23, malam tadi.

Tiong menegaskan, langkah itu penting untuk membuka ruang pertumbuhan lebih luas pada masa depan, selain memastikan kelangsungan industri.

“Industri tayar bukan sahaja memerlukan lebih ramai tenaga mahir teknikal, tetapi juga penglibatan serta komitmen generasi muda,” ujarnya.

Beliau menggalakkan persatuan terbabit untuk mempergiat latihan dan pertukaran ilmu, menganjurkan lebih banyak kursus, selain bekerjasama dengan institusi pendidikan dan jabatan kerajaan bagi melahirkan bakat baharu.

“Hanya dengan adanya aliran bakat yang berterusan, barulah industri ini dapat diwarisi, diperkukuh dan berkembang secara mampan,” katanya.

Tiong turut menyatakan keyakinan bahawa Persatuan Peniaga dan Pengedar Tayar Sarawak akan terus memainkan peranan sebagai peneraju industri.

“Persatuan berupaya bergerak maju secara mantap melalui perpaduan dan kerjasama, berani meneroka model baharu serta memacu industri tayar ke arah masa depan yang lebih dinamik, inovatif dan berdaya tarikan,” tambahnya.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada barisan jawatankuasa baharu persatuan itu yang disifatkan bukan sahaja satu penghormatan, malah amanah besar untuk terus berkhidmat dengan penuh semangat.

“Saya berharap anda semua tidak melupakan tujuan asal dan menggunakan kekuatan berpasukan untuk membawa persatuan ini mencapai pencapaian lebih tinggi,” katanya lagi.

Pada majlis tersebut, Tiong turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada persatuan itu.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II, Datuk Michael Tiang Ming Tee, Presiden Persatuan Peniaga dan Pengedar Tayar Sarawak, Lim King Hong, Pengerusi Penganjur, Ngieng Hock Teck, Penasihat Datuk Philip Lau serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Mazzaellynn Brasenia dinobat Ratu Agrofest SAF 2025
Next: Pengusaha digesa hasilkan tayar jenama ‘Made in Sarawak’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.