Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Industri sarang burung walit perluas ilmu praktikal melalui seminar di Kuching
  • BISNES

Industri sarang burung walit perluas ilmu praktikal melalui seminar di Kuching

Utusan Sarawak 1 day ago
SEMINAR INDUSTRI… Para peserta menghadiri Seminar “Swiftlet Masterclass 2.0” dan bergambar bersama sebagai kenangan.

KUCHING: Persatuan Peniaga Sarang Burung Walit Sarawak telah menganjurkan Seminar Perkongsian Praktikal Rumah Walit bertemakan ‘Menarik Walit Menjana Keuntungan 2.0 Siri Kuching’ diadakan pagi tadi dengan penyertaan memberangsangkan daripada pengusaha walit serta pemain industri tempatan.

Dua tokoh utama industri, Pakar Sistem Rumah Walit, MD Koay dan Mentor Menarik Walit Berasaskan Praktikal, Khoo Ming Kui telah dijemput khas bagi berkongsi pendekatan sistematik dan praktikal dalam pengurusan rumah walit.

Presiden persatuan, Loh Siaw Kuei dalam ucapannya berkata para pengusaha kini berdepan pelbagai cabaran seperti penurunan hasil, rumah walit yang terbiar serta kadar kedatangan burung yang semakin rendah. 

Malah katanya, ketidaktentuan dasar pengesahan rumah walit di beberapa kawasan turut menjejaskan keyakinan pemain industri.

“Persatuan berharap seminar ini dapat memperkenalkan satu sistem menarik walit yang boleh diuji dan dibuktikan keberkesanannya agar pengusaha dapat bergerak daripada pendekatan cuba jaya kepada pengurusan yang lebih saintifik, sistematik dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

PENGHARGAAN… (Dari kiri) Naib Presiden Wong Track Heng; (kedua dari kiri) MD Koay menerima sijil penghargaan daripada Presiden Loh Siaw Kuei; (kanan) Mentor Praktikal Kiew Meng Kui, Penasihat Akademik Dr Charles Leh M.U. dan Setiausaha Agung Wong Tah Hiing.

Menurutnya, seminar tersebut meliputi tujuh topik utama termasuk reka bentuk laluan terbang, susun atur pembesar suara, kawalan suhu dan kelembapan, sistem pengudaraan serta strategi pemulihan bagi rumah walit yang mengalami penurunan hasil.

Beliau turut menegaskan bahawa industri sarang burung walit bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi negeri malah berpotensi menjadi pemacu utama sektor pertanian masa hadapan di Sarawak.

Program ini turut menerima maklum balas positif daripada para peserta dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Persatuan berikrar untuk terus menganjurkan program seumpamanya demi merancakkan lagi pembangunan industri walit di negeri ini.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: HSL tawar Skim Sewa Milik bantu PKS miliki hartanah komersial
Next: Pameran MATTA Sarawak pacu pemulihan, pelaburan pelancongan negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.