Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Industri pelancongan semakin pulih
  • BISNES

Industri pelancongan semakin pulih

Utusan Sarawak 5 years ago
PERASMIAN… Dato’ Sri Nancy Shukri dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dalam upacara simbolik memotong reben kain rentang semasa Melawat Kampung Budaya Sarawak (SCV) bertempat di SCV,Damai, Santubong semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Penggiat industri pelancongan di Sarawak optimis untuk mengembalikan industri itu kepada keadaan sebelum penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Urusan Sara Hospitality, Mark Furguson berkata situasi suram yang dihadapi industri itu sejak empat bulan lepas nampaknya beransur pulih berdasarkan peningkatan kadar penginapan di beberapa hotel di bawah pengurusan syarikat itu.

“Apa yang kita lihat sekarang keterujaan penduduk tempatan untuk keluar dari bandar dan bercuti hujung minggu dan minggu lepas, salah sebuah hotel di bawah pengurusan kita mencatatkan kadar penginapan 44 peratus dan ini satu petanda yang baik,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata peringkat permulaan wabak COVID-19 yang melanda negara diikuti dengan penguatkuasaan PKP merupakan tahap kritikal bagi pihaknya untuk memastikan operasi hotel-hotel mereka dapat terus bertahan.

“Kita telah merancang, menambah baik prosedur operasi standard (SOP) dalam mendaftarkan pengunjung dan melihat kepada pemintaan orang ramai sekarang, saya optimis bahawa (operasi) kita akan kembali seperti biasa,” katanya.

Keyakinan sama turut disuarakan oleh Pengurus Besar Kampung Budaya Sarawak (SCV), Jane Lian Labang yang berkata SCV mulai mencatatkan peningkatan jumlah pengunjung yang memberangsangkan daripada kalangan penduduk tempatan dan dari luar Sarawak.

“Kita sudah menerima pelancong dari Kedah, Johor, Kuala Lumpur serta Sabah, selain penduduk di Kuching sendiri dan ini ternyata menunjukkan pelancongan domestik sudah bermula kembali,” katanya kepada Bernama.

Katanya, pihaknya menggunakan medium media sosial untuk melakukan promosi selain turut memberikan potongan harga kepada pelancong yang berkunjung ke perkampungan budaya ini.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kerajaan negeri dan penggiat industri pelancongan turut menawarkan insentif mengurangkan bayaran masuk untuk tempat-tempat pelancongan yang berbayar bagi menarik kedatangan lebih ramai pelancong.

“Penurunan ini tidaklah untuk sepanjang masa. Saya percaya ia akan dikekalkan sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun dan akan dinilai semula apabila keadaan mula pulih,” katanya yang optimis industri pelancongan dapat kembali normal dengan cepat. – Bernama

Continue Reading

Previous: Industri MICE rancakkan ekonomi negara
Next: Pulihkan ekonomi jadi keutamaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.