Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Industri muzik Iban berduka, Jenny Tan pergi selamanya
  • HIBURAN

Industri muzik Iban berduka, Jenny Tan pergi selamanya

Utusan Sarawak 6 hours ago
MENDIANG Jenny Tan.

KUCHING: Industri muzik Iban tanah air hari ini diselubungi suasana pilu apabila seorang penggiat seni tersohor, penyanyi Jenny Tan, dilaporkan meninggal dunia semalam.

Berita duka itu bagaikan tamparan hebat kepada dunia hiburan tempatan. Ia sekali gus menimbulkan rasa hiba dan kehilangan mendalam dalam kalangan rakan artis serta peminat setia muzik Iban.

Mendiang, yang popular menerusi lagu seperti Lelaki, Dara Mereti, dan Selamat Ari Pengada, bukan sekadar penyanyi. Beliau juga merupakan ikon yang banyak menyumbang dalam memperkaya khazanah muzik Iban serta mengangkat martabat industri muzik Dayak di Sarawak.

Selain mengukir nama dalam bidang nyanyian, Jenny Tan turut melebarkan sayap seni ke layar perak melalui penglibatan dalam penghasilan filem Iban di bawah naungan Golden Pearl Recording Studio bersama barisan artis lain.

Lebih daripada itu, mendiang dikenali sebagai seorang mentor yang tidak pernah jemu membimbing dan membuka ruang kepada bakat baharu. Usahanya telah melahirkan generasi pelapis yang kini semakin menyerlah dalam industri muzik Iban.

Pemergian beliau disifatkan sebagai satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada industri muzik Iban, malah kepada seluruh komuniti seni di negeri ini yang sedang pesat berkembang.

Menurut sumber terdekat, mendiang merupakan individu yang berdedikasi dan berjiwa besar, sentiasa memastikan warisan seni Iban terus hidup dan dihargai. Sepanjang hayatnya, keperibadian beliau yang merendah diri, mesra serta mudah didekati menjadikan Jenny Tan bukan sahaja disegani, malah disayangi ramai.

Sementara itu, ruang media sosial dibanjiri dengan ucapan takziah dan penghormatan terakhir daripada rakan artis serta peminat, yang turut mendoakan agar roh mendiang ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Oleh Norman B

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Anak Angelina Jolie, Siloh, muncul pertama kali dalam video muzik K-Pop

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.