Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Industri Asas Tani perlu beralih kepada model industri berorientasikan hasil – Rundi Utom
  • TEMPATAN

Industri Asas Tani perlu beralih kepada model industri berorientasikan hasil – Rundi Utom

Utusan Sarawak 7 hours ago
 DATO Sri Stephen Rundi Utom menyampaikan amanat pada Majlis Makan Malam Gemilang Bahagian Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian Sarawak di sebuah hotel terkemuka di Kuching, hari ini.

KUCHING: Sektor Industri Asas Tani (IAT) Sarawak perlu segera beralih daripada pendekatan konvensional kepada model industri yang berasaskan rantaian nilai, teknologi dan orientasi hasil bagi memastikan ia benar-benar menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri serta peningkatan pendapatan rakyat.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Stephen Rundi Utom, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gemilang Bahagian Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian Sarawak di sebuah hotel terkemuka, di sini malam ini.

Menurut beliau, sektor pertanian dan agromakanan tidak lagi boleh dilihat sekadar sebagai aktiviti sara diri atau pengeluaran primer, sebaliknya perlu ditransformasikan menjadi pemacu ekonomi melalui pembangunan industri, pemprosesan, pemasaran serta penciptaan nilai tambah.

“Sudah tiba masanya kita keluar daripada cara fikir lama. Industri asas tani mesti dilihat sebagai satu ekosistem industri yang lengkap, bermula daripada pengeluaran, pemprosesan, penjenamaan hingga ke pasaran,” katanya.

Rundi menegaskan bahawa kerajaan negeri kini memberi penekanan kepada penyampaian berorientasikan hasil, selari dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) serta Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Beliau berkata, kejayaan sesuatu program tidak lagi diukur berdasarkan jumlah aktiviti yang dilaksanakan, tetapi sejauh mana impaknya dapat meningkatkan pendapatan usahawan, kebolehpasaran produk, kelestarian perniagaan serta sumbangan kepada keselamatan makanan negeri.

Dalam konteks itu, katanya, Bahagian Industri Asas Tani memainkan peranan strategik sebagai jentera pelaksana utama dalam membangunkan usahawan agromakanan tempatan, khususnya di luar bandar, melalui pendekatan bersepadu dan sistematik.

DATO Sri Stephen Rundi Utom ketika menyempurnakan penyerahan pada Majlis Makan Malam Gemilang Bahagian Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian Sarawak.

Rundi turut menekankan keperluan perubahan minda dalam kalangan pengusaha agar berani menggunakan teknologi baharu, mekanisasi dan inovasi bagi meningkatkan produktiviti serta daya saing produk Sarawak di pasaran tempatan dan antarabangsa

“Kita tidak boleh bergantung kepada kaedah tradisional semata-mata. Teknologi adalah kunci untuk membawa sektor ini ke peringkat yang lebih tinggi,” ujarnya.

Beliau turut menggesa kerjasama lebih erat antara agensi kerajaan, jabatan berkaitan dan pihak berkepentingan agar pelaksanaan program dapat dijalankan secara lebih terselaras dan berkesan, sekali gus mengelakkan pertindihan serta pembaziran sumber.

Pada majlis tersebut, Rundi turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja Bahagian Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian Sarawak atas komitmen dan usaha berterusan mereka dalam membangunkan usahawan tempatan serta memperkukuh ekosistem industri makanan dan komoditi negeri.

RAKAM KENANGAN… Dato Sri Stephen Rundi Utom rakam gambar kenangan pada Majlis Makan Malam Industri Asas Tani Gemilang 2026 yag diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuching, hari ini.

Beliau berharap Bahagian Industri Asas Tani akan terus menjadi peneraju pemikiran, pelaksana berintegriti dan pemacu hasil dalam agenda transformasi sektor pertanian dan agromakanan Sarawak ke arah negeri yang maju, makmur dan inklusif.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Wanita ditemukan maut bersama suami disifatkan seorang ceria, peramah – Rakan
Next: Tindakan Petronas ke mahkamah cabar undang-undang Sarawak – Pemuda PBB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.