Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Indonesia tumpaskan cubaan seludup manusia ke Malaysia
  • JENAYAH

Indonesia tumpaskan cubaan seludup manusia ke Malaysia

Utusan Sarawak 6 months ago

Gambar hiasan

JAKARTA: Tentera Laut Indonesia memintas perjalanan sekurang-kurang 17 pekerja migran negara ini dan 24 rakyat Bangladesh ketika cuba diseludup ke Malaysia di Pantai Dumai, Wilayah Riau.

Satu operasi bersama oleh pasukan Respons Pantas Armada Satu dari Pangkalan Tentera Laut Dumai dan Pemerintahan Armada Pertama, berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan di Pantai Pelintung, Medang Kampai.

Operasi itu membawa kepada penahanan dua lelaki dikenali sebagai YN, 43, dari Bangkinang, dan BH, 39, dari Dumai yang disyaki terbabit penyeludupan manusia, menurut kenyataan Tentera Laut Indonesia pada Isnin.

“Suspek diserahkan kepada Polis Dumai untuk proses undang-undang selanjutnya, manakala pekerja migran dibawa ke Pos Perkhidmatan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia (P4MI) Dumai serta Pejabat Imigresen Dumai untuk pendaftaran dan tindakan seterusnya,” kata jurucakap Pangkalan Tentera Laut Dumai, Leftenan Kolonel Priatno.

Beliau berkata, operasi itu dijalankan hasil risikan mengenai laluan penyeludupan yang dirancang dari Dumai ke Malaysia.

Katanya, unit laut mengesan bot suspek, manakala unit darat pula mengenal pasti sebuah kenderaan serba guna yang membawa pekerja migran.

Sementara itu Ketua Turus Tentera Laut Indonesia, Laksamana Muhammad Ali, menggesa semua anggotanya meningkatkan kewaspadaan dan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti haram di perairan wilayah Indonesia. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Lelaki maut di pangsapuri, polis tahan tiga suspek
Next: Rugi RM43,351 ditipu tawaran kerja sambilan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.