Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Indonesia tetapkan Aidilfitri jatuh pada Sabtu
  • SEMASA

Indonesia tetapkan Aidilfitri jatuh pada Sabtu

Utusan Sarawak 12 hours ago
INDONESIA tetapkan Aidilfitri jatuh pada Sabtu

Kerajaan Indonesia menetapkan 1 Syawal 1447H atau Hari Raya 2026 jatuh pada Sabtu, 21 Mac 2026.

Memetik Kompas, keputusan itu diumumkan oleh Menteri Agama republik berkenaan, Nasaruddin Umar, selepas sidang isbat di Auditorium KH. M. Rasjidi, Jalan MH Thamrin, Jakarta Pusat, hari ini.

“Hilal tidak terlihat di seluruh Indonesia, dari Aceh hingga Papua, dan tidak ada satu pun laporan melihat hilal.

“Dengan demikian, berdasarkan hasil hisab serta tiada laporan hilal terlihat, disepakati bahawa 1 Syawal 1447 Hijrah jatuh pada Sabtu, 21 Mac 2026,” kata Nasaruddin.

Penetapan Hari Raya oleh kerajaan Indonesia melalui Kementerian Agama dibuat berdasarkan hasil pengiraan astronomi (hisab) dan pemantauan hilal (rukyatul hilal) dari 117 lokasi di seluruh Indonesia.

Pengumuman itu selari dengan tarikh yang ditetapkan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kepimpinan Abang Johari perkukuh hak Sarawak, Uggah seru rakyat terus bersatu sempena Aidilfitri
Next: Singapura turut sambut Hari Raya Sabtu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.