Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia terima pesawat pengangkut tentera A400M pertama
  • GLOBAL

Indonesia terima pesawat pengangkut tentera A400M pertama

Utusan Sarawak 13 hours ago
PESAWAT… Airbus Defence and Space telah menyerahkan pesawat pengangkut tentera A400M pertama kepada Indonesia.

JAKARTA: Airbus Defence and Space telah menyerahkan pesawat pengangkut tentera A400M pertama kepada Indonesia, menandakan satu pencapaian penting dalam usaha negara itu untuk memodenkan keupayaan pengangkutan tenteranya.

Pesawat pengangkut taktikal yang dikendalikan oleh Tentera Udara Indonesia (TNI-AU) diserahkan pada satu majlis di Pangkalan Tentera Udara Halim, Jakarta Timur selepas penghantaran rasmi di kemudahan Airbus di Seville, Sepanyol.

Dalam satu kenyataan, Airbus Defence and Space berkata pesawat itu merupakan yang pertama daripada dua unit A400M yang ditempah oleh Indonesia pada 2021, dengan penghantaran kedua dijadualkan pada tahun depan.

“Hari ini, kami mengalu-alukan Indonesia sebagai pengendali ke-10 pesawat A400M,” kata Ketua Bahagian Antarabangsa Airbus Defence and Space, Karl-Heinz Grossman sambil menambah bahawa bagi misi biasa yang membawa muatan 30 tan, pesawat itu boleh terbang sejauh 2,400 batu nautika, meliputi seluruh kepulauan Indonesia dari Jakarta.

Dikonfigurasikan untuk misi kargo, pengangkutan tentera, pemindahan perubatan dan bantuan kemanusiaan, A400M mampu membawa sehingga 37 tan dan boleh beroperasi di landasan pendek serta tidak berturap atau berfungsi sebagai pesawat tangki untuk pengisian bahan api di udara.

Indonesia juga sedang meneliti potensi integrasi kit pemadam kebakaran modular baharu keluaran Airbus, yang membolehkan kedua-dua pesawat A400M membawa dan menggugurkan sehingga 20,000 liter air atau bahan perencat bagi memadam kebakaran hutan, menurut Airbus Defence and Space.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 6.3 landa utara Afghanistan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.