Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia perkukuh rizab makanan hadapi El Nino “Godzilla” pada April
  • GLOBAL

Indonesia perkukuh rizab makanan hadapi El Nino “Godzilla” pada April

Utusan Sarawak 4 hours ago
INDONESIA pertingkat rizab makanan sebagai langkah berjaga-jaga hadapi fenomena El Niño “Godzilla” pastikan bekalan kekal stabil menjelang musim kemarau panjang bermula April. Foto AGENSI

JAKARTA: Indonesia dalam usaha mengukuhkan rizab makanan negara susulan kemungkinan berlakunya El Nino “Godzilla” yang dijangka bermula April.

Pihak berkuasa menggerakkan usaha untuk melindungi bekalan makanan dan menstabilkan harga bagi menghadapi keadaan iklim itu yang boleh menyebabkan berlakunya kemarau panjang.

Timbalan Ketersediaan dan Penstabilan Makanan Agensi Makanan Kebangsaan (Bapanas) I Gusti Ketut Astawa berkata rizab makanan utama kekal mencukupi, terutamanya yang diuruskan oleh perusahaan milik kerajaan seperti Bulog dan ID FOOD termasuk beras dengan jumlah terbesar.

“Ramalan El Nino Godzilla menjadi kebimbangan kerajaan. 

“Selaras arahan Ketua Bapanas Andi Amran Sulaiman, kita memastikan ketahanan simpanan makanan kerajaan terus diperkukuh supaya apabila diperlukan (dapat) segera diagihkan untuk membantu orang ramai,” katanya kepada Agensi Berita ANTARA, Rabu malam.

Agensi Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan berkata fenomena El Nino yang berpotensi diperhebat oleh Indian Ocean Dipole positif, boleh membawa kepada musim kemarau yang lebih panjang dan kering di Indonesia, dengan kedua-dua keadaan mungkin berlaku serentak mulai April.

Astawa berkata rizab beras di Bulog berjumlah 4.08 juta tan sehingga 25 Mac, menandakan peningkatan 77.8 peratus daripada 2.29 juta tan yang dicatatkan pada akhir Mac tahun lepas.

Beliau berkata rizab lain terus diperkukuh termasuk jagung, minyak masak, gula, daging lembu atau kerbau, ayam dan telur.

“Kebanyakan bekalan adalah daripada pengeluaran domestik kerana Bulog telah menjalankan perolehan setara beras sejak awal 2026 sehingga hari ini, mencecah 1.24 juta tan metrik,” katanya.

Astawa berkata rizab jagung adalah sekitar 144,000 tan dengan perolehan domestik tahun ini mencecah 101,960 tan.

Tambahnya, rizab lain termasuk minyak masak sebanyak 95,000 kiloliter manakala stok gula sebanyak 50,000 tan dan daging lembu atau kerbau sebanyak 11,000 tan, serta ayam sebanyak 39 tan, sebahagian besarnya diuruskan oleh ID FOOD, manakala stok telur sebanyak 62 tan diurus oleh Bulog.- Bernama

Continue Reading

Previous: Filipina terima penghantaran pertama minyak Rusia dalam lima tahun – Laporan
Next: Tiga maut dalam banjir di selatan Afghanistan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.