Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia musnahkan udang tercemar Cs-137
  • GLOBAL

Indonesia musnahkan udang tercemar Cs-137

Utusan Sarawak 3 hours ago
UDANG… Agensi Kuarantin Indonesia (Barantin) mengesahkan pemusnahan 5.7 tan udang dalam 494 karton yang tercemar bahan radioaktif Cesium-137 (Cs-137).

JAKARTA: Agensi Kuarantin Indonesia (Barantin) mengesahkan pemusnahan 5.7 tan udang dalam 494 karton yang tercemar bahan radioaktif Cesium-137 (Cs-137) adalah langkah penting bagi memastikan keselamatan makanan, lapor ANTARA.

Pengarah Bahagian Kuarantin Ikan Barantin, Akhmad Alfaraby,  berkata tindakan pemusnahan itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam melindungi keselamatan makanan serta sumber biologi negara.

“Ini adalah komitmen Barantin untuk memastikan keselamatan makanan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad. 

Dengan kerjasama Pasukan Petugas Pengendalian Cesium-137, Barantin melaksanakan pemusnahan produk udang tercemar Cs-137 baru-baru ini. 

UDANG… Agensi Kuarantin Indonesia (Barantin) mengesahkan pemusnahan 5.7 tan udang dalam 494 karton yang tercemar bahan radioaktif Cesium-137 (Cs-137).

Menurut Alfaraby, langkah itu penting bagi memastikan semua produk makanan yang dipasarkan adalah selamat, sihat dan bebas daripada risiko terhadap manusia serta alam sekitar.

“Sebanyak 494 karton mengandungi udang tercemar dimusnahkan berdasarkan cadangan Barantin dan Badan Kawal Selia Tenaga Nuklear (Bapeten),” katanya.

Proses pemusnahan dijalankan secara bersepadu bersama Kementerian Alam Sekitar/Agensi Kawalan Alam Sekitar (KLH/BPLH), Bapeten dan Agensi Penyelidikan dan Inovasi Negara (BRIN) melalui Unit Kluster Cesium-137.

Kerjasama pelbagai agensi ini demi memastikan semua prosedur dan proses pemusnahan mematuhi piawaian keselamatan radiasi. 

Pemusnahan dilakukan di fasiliti PT Prasadha Pamunah Limbah Industri (PPLI) di Bogor.

Pemusnahan udang itu dilaksanakan selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat mengesan 494 kotak kadbod dengan permukaan luar tercemar bahan radioaktif Cs-137.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Delhi rekod suhu minimum 8.7 darjah Celsius, kualiti udara terus merosot
Next: Bekas PM Bangladesh, Hasina dijatuhi hukuman mati atas jenayah terhadap kemanusiaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.