Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • India haramkan 118 aplikasi China
  • GLOBAL

India haramkan 118 aplikasi China

Utusan Sarawak 5 years ago
DIHARAMKAN… Permainan ‘PUBG Mobile’ dibangunkan gergasi internet China, Tencent adalah antara 118 aplikasi yang kini diharamkan di India. • Foto AFP

NEW DELHI: India semalam mengharamkan 118 lagi aplikasi China berikutan ketegangan di sempadan antara dua kuasa besar itu.

Kementerian Teknologi Maklumat berkata aplikasi terbabit termasuk versi telefon bimbit permainan dalam talian PUBG dan perkhidmatan lain ditawarkan oleh gergasi internet China, Tencent.

Pengharaman itu dilakukan atas alasan aplikasi terbabit mempromosikan kegiatan yang ‘menggugat kedaulatan dan integriti India, pertahanan India, keselamatan negara dan ketenteraman awam’.

India dan China terbabit dalam beberapa pertempuran serta pertembungan berikutan pertikaian tuntutan sempadan di pergunungan Himalaya sejak kebelakangan ini.

India sebelum ini sudah mengharamkan 59 aplikasi China termasuk pentas perkongsian video TikTok manakala PUBG yang diharamkan sekarang mempunyai jutaan pengguna di India.

PUBG dibangunkan oleh syarikat Korea Selatan tetapi versi telefon bimbit permainan itu yang menjadi kegilaan global, dibangunkan oleh Tencent.

Aplikasi lain yang diharamkan termasuk permainan dan khidmat bayaran dalam talian, laman cari jodoh serta perisian untuk mengedit gambar swafoto.

Kementerian Teknologi Maklumat berkata aplikasi terbabit mencuri data pengguna selain mengumpul dan mendedahkannya kepada anasir yang menggugat keselamatan serta pertahanan India.

“Ini akhirnya mengancam kedaulatan India, sesuatu yang amat membimbangkan dan memerlukan tindakan segera,” katanya. – AFP

Continue Reading

Previous: Ishiba calon terbaik ganti Abe
Next: TAUFAN MAYSAK ragut satu nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.