Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • India catat 61,500 kes baharu
  • GLOBAL

India catat 61,500 kes baharu

Utusan Sarawak 5 years ago
TUNGGU GILIRAN… Orang ramai beratur menunggu giliran untuk mengambil ujian swab Covid-19 di sebuah hospital di Hyderabad, India.• Foto AFP

INDIA: Dalam tempoh 24 jam lalu, India merekodkan 61,537 kes baharu dan 933 kematian akibat Covid-19.

Kementerian Kesihatan India melaporkan, jumlah jangkitan Covid-19 di negara itu terus meningkat kepada 2,088,611 kes, dengan jumlah kematian sebanyak 42,518.

Agensi Xinhua melaporkan ia adalah hari kesembilan berturut-turut apabila kes harian baharu mencatat lebih 50,000 kes.

Sehingga kini, sebanyak 619,088 kes aktif sedang menerima rawatan di seluruh negara itu dan sebanyak 1,427,005 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Kenaikan kes baharu Covid-19 disebabkan peningkatan pengambilan ujian di negara itu.

Melalui ciapan Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR), badan itu mengesahkan sebanyak 23,387,171 sampel Covid-19 diuji, termasuk pada Sabtu sahaja sebanyak 598,778 sampel diuji.-AFP

Continue Reading

Previous: Angka korban Covid-19 melebihi 718,000
Next: 43 mayat ditemui dalam runtuhan tanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.