Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • India berminat ikuti latihan, kursus antarabangsa SPRM
  • NASIONAL

India berminat ikuti latihan, kursus antarabangsa SPRM

Utusan Sarawak 4 months ago

KUALA LUMPUR: India berminat mendapatkan khidmat latihan dan mengikuti kursus antarabangsa ditawarkan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM menerusi hantaran di media sosial memaklumkan minat itu dizahirkan ketika kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N. Reddy terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.

“Kunjungan yang berlangsung kira-kira satu jam turut memberi fokus kepada pelbagai inisiatif dan kerjasama strategik mengenai isu rasuah antara kedua-dua negara.

“Azam dalam ucapan alu-aluannya menyatakan penghargaan atas minat pihak Reddy dan mengalu-alukan perkongsian pengalaman serta berhasrat untuk meningkatkan penglibatan SPRM dengan organisasi antarabangsa,” menurut hantaran itu.

Azam juga berharap hubungan itu dapat dizahirkan dengan peluang penganjuran program pada masa akan datang membabitkan kedua-dua negara.

Selain itu, beliau turut menyatakan kesediaan SPRM untuk mengadakan kerjasama bersama termasuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SPRM dengan agensi antirasuah dari India.

Hantaran sama juga memaklumkan Reddy menyambut baik cadangan untuk mengadakan kerjasama dengan SPRM khususnya dalam aspek latihan dan perkongsian kepakaran dalam bidang teknologi. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Khamis
Next: ‘Tahun ini tidak lagi dengar rungutan tiket mahal’ – Loke

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.