Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • India berjaya lancar satelit komunikasi AS
  • GLOBAL

India berjaya lancar satelit komunikasi AS

Utusan Sarawak 5 hours ago
FOTO edaran ini yang diambil dan dikeluarkan pada 24 Disember 2025 oleh Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) menunjukkan kenderaan pelancar ISRO, LVM3-M6, yang membawa satelit komunikasi generasi baharu BlueBird Block-2 milik Amerika Syarikat oleh AST SpaceMobile, berlepas dari pelantar pelancaran di Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota, di negeri Andhra Pradesh, India.
Foto AFP

NEW DELHI: Agensi angkasa lepas India pada Rabu mengumumkan kejayaan melancarkan satelit komunikasi generasi baharu Amerika Syarikat (AS), BlueBird Block-2 menggunakan roket LVM3-M6, lapor Anadolu Ajansi.

Dengan berat 6,100 kilogram, satelit itu merupakan muatan paling berat yang pernah ditempatkan ke orbit rendah Bumi (LEO) oleh roket LVM3 dari India.

“Misi LVM3-M6 telah berjaya menempatkan satelit BlueBird Block-2 ke orbit yang disasarkan,” kata Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) selepas pelancaran dari selatan India.

Menurut agensi itu, misi berkenaan merupakan misi komersial khas dan disifatkan sebagai “satelit komunikasi komersial terbesar yang pernah ditempatkan di orbit rendah Bumi.”- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Bangkai jet bawa Ketua Turus Tentera Libya ditemukan berhampiran Ankara
Next: Lapan maut, termasuk kanak-kanak, dalam kemalangan SUV di China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.