Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Indeks Pendayaupayaan Pengguna KPDNHEP
  • BISNES

Indeks Pendayaupayaan Pengguna KPDNHEP

Utusan Sarawak 4 years ago
PEGAWAI Daerah Asajaya Rais Ahmat (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Mogan Arumugam (kiri) selepas menyampaikan taklimat di Asajaya, pada Isnin.

ASAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak memaklumkan Indek Pendayaupayaan Pengguna di negara ini berada di peringkat sederhana iaitu 63.1 peratus.

Timbalan Pengarah KPDNHEP, Mogan Arumugam berkata, indeks yang dicapai kini dikategorikan sebagai tahap sederhana.

“Ia menunjukkan pengguna di negara ini masih belum menghayati dan mempraktikan hak mereka sebagai pengguna.

“Pendidikan kepenggunaan giat diusahakan dalam apa jua medium penyebaran maklumat demi memastikan maklumat sampau kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Memperkasa Pendidikan Pengguna Daerah Asajaya di Dewan Tan Sri Datuk Amar Haji Abang Ikhwan Zaini, Asajaya pada Isnin.

Beliau yang juga merangkap Ketua Pegawai Penguatkuasaaan Sarawak berkata, seminar yang dianjurkan itu merupakan salah satu usaha kementerian untuk memastikan pengguna mendapat pendidikan kepenggunaan yang sewajarnya terutama masyarakat di luar bandar.

“Masyarakat perlu menjadi pengguna berhemah, bermaklumat selain mempelajari kemahiran serta pengetahuan baharu mengubah tabiat dan amalan harian mereka.

“Program pendidikan kepenggunaan penting bagi mendidik pengguna membuat keputusan tepat dan pendidikan dapat memberi kesedaran serta perubahan gaya hidup pengguna,” ujarnya.

Katanya, KPDNHEP akan terus merangka program advokasi membabitkan setiap peringkat masyarakat bagi menangani isu kepenggunaan semasa dengan kerjasama pelbagai pihak.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Rakyat tempatan digalakkan isi 32,000 kekosongan
Next: Lailah sasar tembusi pasaran serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.