Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Indeks jenayah Mukah menurun, rondaan kawasan tumpuan dipertingkat
  • WILAYAH

Indeks jenayah Mukah menurun, rondaan kawasan tumpuan dipertingkat

Utusan Sarawak 5 hours ago
 KETUA Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan IPD Mukah bagi bulan Januari. Foto IPD Mukah

MUKAH: Indeks jenayah di Daerah Mukah mencatatkan trend penurunan sepanjang 2025 apabila hanya 224 kes direkodkan berbanding 258 kes pada tahun sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, pengurangan sebanyak 34 kes itu membuktikan keberkesanan langkah pencegahan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

Namun menurutnya, peningkatan kes melibatkan kecederaan serta pecah rumah tetap menjadi fokus utama pihak polis bagi memastikan keselamatan masyarakat terus terpelihara.

“Rondaan cegah jenayah di kawasan ‘hotspot’ atau tumpuan akan dipertingkatkan, selain tindakan tegas terhadap pesalah berulang dan pengukuhan program kepolisan komuniti bersama pemimpin setempat,” katanya.

KETUA Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota Perhimpunan Bulanan IPD Mukah bagi bulan Januari. Foto IPD Mukah

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan IPD Mukah bagi Januari, hari ini.

Dalam pada itu, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Mukah turut mencatat beberapa kejayaan apabila sembilan lelaki ditahan membabitkan kes curi di bawah Seksyen 379, 379A dan 431 Kanun Keseksaan sepanjang 2025.

Prestasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Mukah juga menunjukkan peningkatan ketara dengan 292 tangkapan direkodkan tahun lalu, berbanding 221 kes pada 2024.

“Tangkapan narkotik secara keseluruhan meningkat lebih 90 peratus, termasuk kes berkaitan bekalan dan pemilikan dadah,” jelasnya.

Sebanyak 166.44 gram syabu turut dirampas sepanjang 2025 berbanding 145.54 gram pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, kes jenayah komersil di Mukah turut menunjukkan penurunan dengan 136 laporan direkodkan pada 2025 berbanding 144 laporan pada 2024.

Jumlah kerugian akibat jenayah berkenaan juga menurun ketara daripada RM1.81 juta kepada RM654,221.93.

Muhamad Rizal menegaskan, pencapaian tersebut hasil kempen kesedaran anti-penipuan, tindakan pembekuan akaun secara pantas serta kerjasama erat dengan institusi kewangan.

“Saya berharap 2026 menjadi titik perubahan ke arah penurunan lebih ketara indeks jenayah serta peningkatan keyakinan masyarakat terhadap PDRM,” katanya. Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pertandingan nyanyian satukan komuniti Sarawak dan Brunei
Next: SK Ulu Binatang terima kemudahan baharu bernilai lebih kurang RM3.29 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.