Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Indeks harga seunit simen, besi masing-masing naik 1.9 peratus, 1.5 peratus – DOSM
  • BISNES

Indeks harga seunit simen, besi masing-masing naik 1.9 peratus, 1.5 peratus – DOSM

Utusan Sarawak 2 years ago

Bagi Sabah, IKB meningkat antara 0.8 dan 8.0 peratus pada Februari 2023 berbanding bulan sebelumnya, manakala di Sarawak, IKB meningkat antara 0.1 dan 1.5 peratus bagi hampir semua kategori bangunan, kecuali di Miri.

KUALA LUMPUR: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata indeks harga seunit simen meningkat sebanyak 1.9 peratus pada Februari 2023 berbanding Januari 2023 berikutan harga bahan mentah yang lebih tinggi serta kos tenaga dan penghantaran.

Dalam satu kenyataan hari ini, DOSM berkata harga purata simen (Ordinary Portland) naik 1.5 peratus kepada RM21.99 setiap 50 kilogram (kg) daripada RM21.66/50 kg pada Januari 2023.

Februari 2023 juga menyaksikan indeks harga seunit keluli meningkat sebanyak 1.5 peratus berbanding bulan lepas, seiring dengan kenaikan harga bijih besi dan keluli di peringkat global terutamanya disebabkan oleh peningkatan berterusan permintaan industri di China.

DOSM berkata harga purata seunit keluli yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan Mycon 60 high tensile deformed bars meningkat 1.5 peratus kepada RM3,653.26 satu tan pada Februari 2023 daripada RM3,599.37 satu tan pada bulan sebelumnya.

“Harga bijih besi dijangka kekal tinggi didorong oleh keyakinan tentang permintaan keluli masa depan di China,” katanya.

Pada asas tahun ke tahun, indeks harga seunit bagi simen meningkat 9.6 peratus pada Februari 2023 berbanding Februari 2022, manakala indeks harga seunit bagi keluli susut 0.5 peratus pada Februari 2023 berbanding bulan yang sama tahun lepas.

Sementara itu, ia berkata Indeks Kos Binaan (IKB) (tanpa dan termasuk bar keluli) untuk semua kategori bangunan di Semenanjung Malaysia meningkat antara 0.3 dan 4.1 peratus pada Februari 2023 berbanding bulan sebelumnya, dengan cerucuk kayu mencatatkan peningkatan tertinggi.

Bagi Sabah, IKB meningkat antara 0.8 dan 8.0 peratus pada Februari 2023 berbanding bulan sebelumnya, manakala di Sarawak, IKB meningkat antara 0.1 dan 1.5 peratus bagi hampir semua kategori bangunan, kecuali di Miri. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Next: Sasar 2,000 hab DE Rantau termasuk Kuching akhir tahun ini – MDEC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.