Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Impian Sheirviana Mathew tercapai
  • WILAYAH

Impian Sheirviana Mathew tercapai

Utusan Sarawak 2 years ago

TERIMA KASIH… Teo (enam, kiri) mewakili Sempurai menyerahkan sumbangan set peralatan sukan boccia kepada bapa Sheirviana, Mathew Galang (dua, kanan). Turut kelihatan ialah ibu Sheirviana, Rose Galau (kanan).

SIBU: Impian Sheirviana Mathew untuk memiliki set peralatan sukan boccia akhirnya menjadi kenyataan selepas syarikat korporat dan masyarakat memberikan sumbangan.

Kaunselor Teo Boon Siew yang mewakili Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Sempurai Petrus Ngelai menyerahkan sumbangan kepada bapa Sheirviana, Mathew Galang, petang tadi.

Set peralatan sukan boccia bernilai hampir RM20,000 diimport dari Korea, hasil kutipan derma orang ramai dan syarikat korporat.

Sheirviana, 25, (cerebral palsy) pemenang pingat gangsa sukan boccia pada Para Sukma ke-20 Kuala Lumpur kini sedang menjalani latihan di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim, Sibu Jaya.

Sementara itu, Sempurai dalam teks ucapannya merasa bangga kerana Amcorp mengambil inisiatif sendiri untuk membantu atlet paralimpik dengan menyediakan tempat untuknya di Pusat Sukan Komuniti Azman Hasmin dan memberikan peralatan kepadanya.

Beliau yakin usaha baik Amcorp ini akan diikuti oleh syarikat korporat lain untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka dengan membantu atlet paralimpik yang berpotensi untuk cemerlang di peringkat antarabangsa.

“MDLBS akan terus menyokong usaha syarikat korporat untuk membantu atlet paralimpik dan berharap dengan bantuan sebegini akan melahirkan lebih ramai atlet yang cemerlang sama atlet biasa atau paralimpik dari Sibu Jaya,” jelasnya.

Beliau pasti dengan kemudahan yang disediakan di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim akan melahirkan atlet-atlet sekarang dan akan datang yang akan mewakili Sibu dan Malaysia.

Turut hadir ialah Setiausaha MDLBS, Ng Siang Wei dan Ketua Balai Polis Sibu Jaya, Inspektor Rodua Tayo.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Ubah cara urus sisa buangan dengan kaedah moden, hijau
Next: Hujan Ribut Sibu: Bangunan sekolah alami kerosakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.