Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Impian sambut Aidilfitri di rumah baharu tidak kesampaian
  • KEBAKARAN

Impian sambut Aidilfitri di rumah baharu tidak kesampaian

Utusan Sarawak 2 months ago
SAHARI Pon hanya mampu nelihat rumahnya yang baharu siap itu musnah dalam kebakaran. Foto ADI SAFARMAN

SIMANGGANG: Impian empat sekeluarga menyambut Aidilfitri di rumah yang baharu siap didirikan hancur berkecai selepas kediaman mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Hilir Simanggang, tengah hari tadi.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, keluarga tersebut juga baharu sahaja kehilangan seorang ahli keluarga tercinta lebih 20 hari yang lalu.

Bersyukur kesemua penghuni selamat dalam kejadian yang berlaku pada 12.30 tengah hari itu, bagaimanapun, mangsa terkilan kerana tiada barangan yang dapat diselamatkan.

Sahari Pon, 45, ketika ditemui Utusan Sarawak, berkata keluarganya tidak sabar menanti sambutan Aidilfitri tahun ini di rumah baharu yang sudah hampir siap dibina sejak Jun tahun lalu.

“Sejak Jun tahun lalu, saya telah menyiapkan rumah ini sedikit demi sedikit, dan beberapa hari lalu saya sempat memasang dinding rumah dapur, namun impian keluarga kami untuk beraya di rumah yang baharu siap ini tidak kesampaian, musnah dalam sekelip mata.

“Beberapa hari lalu, kami baharu sahaja membuat majlis tahlil ibu mertua saya yang telah meninggal lebih 20 hari lalu,” katanya.

Sahari menceritakan detik cemas ketika menerima panggilan daripada anak perempuannya berusia 15 tahun, yang pada ketika itu sedang bekerja memasang cerucuk di kawasan Batu Lintang, Undop kira-kira 50 kilometer (km) dari Bandar Simanggang.

ANGGOTA bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran. Foto ADI SAFARMAN

“Sekitar 1.00 petang, anak perempuan saya yang bersekolah Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang menghubungi saya mengatakan rumah kami sedang terbakar.

“Selepas menerima panggilan itu, saya terus bergegas pulang ke rumah, dan sebaik sahaja tiba, rumah kami sudah menjadi abu.

“Tiada apa-apa yang dapat diselamatkan terutamanya empat unit gergaji rantai (chain saw), tiga unit generator, pukat, sebuah enjin bot, sebuah bot gentian kaca yang baharu sahaja siap dibina beberapa hari lalu.

“Lebih menyedihkan juga, segala kelengkapan dan pakaian sekolah anak semuanya dijilat api,” ujarnya.

Menurut Sahari, salah seorang jiran terdekat mereka didapati melecur dalam usaha menyelamatkan bapa mertua Sahari yang dikenali Mohamed Idi, 70, yang turut melecur impak kebakaran tersebut.

Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut.

RUMAH yang baharu siap didirikan sejak Jun tahun lalu musnah sekelip mata. FotoADI SAFARMAN

Dalam pada itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman telah menerima panggilan berhubung kebakaran tersebut sekitar 12.38 tengah hari.

Penguasa Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan, berkata seramai tujuh anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan 1, Mohd Fadhli Buyong telah dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan tersebut.

“Setibanya di lokasi kejadian kebakaran telah melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus.

“Kebakaran melibatkan seorang mangsa warga emas berusia 70 tahun telah melecur dan dibawa oleh orang awam ke hospital sebelum pasukan keluaran operasi (PKO) sampai di lokasi.

“PKO dengan menggunakan pakaian perlindungan diri (PPE) yang lengkap membuat penilaian awal dan seterusnya membentang satu aliran 400 kaki menggunakan dua nozel pam jentera sumber air dari pili bomba berhampiran untuk memadam kebakaran sehingga selesai.

“Anggaran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan bomba,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: 58 saat kawal api marak, kereta musnah terbakar
Next: ADUN Lingga, JKM hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.