Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Impian penduduk Kali Kaba jadi kenyataan, kini nikmati bekalan air terawat
  • WILAYAH

Impian penduduk Kali Kaba jadi kenyataan, kini nikmati bekalan air terawat

Utusan Sarawak 8 hours ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa menyaksikan sendiri pemasangan meter air di kawasan Kali Kaba, semalam. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Penduduk di kawasan Kali Kaba kini boleh menarik nafas lega apabila impian mereka untuk menikmati kemudahan bekalan air bersih dan terawat akhirnya menjadi kenyataan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) serta kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas pelaksanaan projek yang amat dinantikan itu.

Menurut beliau, kawasan yang terlibat merangkumi wilayah di bawah bidang kuasa Tuai Rumah Siti Blanda, Tuai Rumah Christoper, dan Tuai Rumah Joshua.

Kerja-kerja penyambungan meter air di kawasan tersebut telah siap sepenuhnya, membolehkan penduduk menikmati bekalan air terus ke kediaman masing-masing.

“Kemudahan bekalan air bersih ini bukan sahaja memudahkan urusan harian warga Kali Kaba, malah menjadi faktor utama dalam meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan komuniti setempat,” ujar beliau semasa menyaksikan sendiri pemasangan meter air di kawasan Kali Kaba, semalam.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa menyaksikan sendiri pemasangan meter air di kawasan Kali Kaba, semalam. Foto ADUN Kalaka

Mohamad Duri menegaskan bahawa kejayaan projek ini adalah bukti nyata komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memastikan tiada kawasan yang terpinggir daripada arus pembangunan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa usaha ini tidak akan terhenti di Kali Kaba sahaja.

Pihak JBALB akan terus memantau dan melaksanakan projek bekalan air bersih di beberapa kawasan lain termasuk Lubok Nibong; Perpat; Kampung Paloh dan Rumah Ali.

Mewakili konstituensi DUN Kalaka, beliau merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, pihak kontraktor, serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) yang memberikan kerjasama jitu.

“Terima kasih kepada kerajaan GPS kerana sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam memenuhi keperluan rakyat, terutamanya bagi mereka yang menetap di kawasan luar bandar Sarawak,” tambahnya lagi.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 22 pertubuhan terima RM70,000 MRP di Pejabat SUPP Pujut
Next: Program Sisa kepada Sumber Bernilai raih sambutan menggalakkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.