Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Impian ke sekolah bakal jadi kenyataan buat Rovina
  • Tengah
  • WILAYAH

Impian ke sekolah bakal jadi kenyataan buat Rovina

Utusan Sarawak 4 days ago
MICHEAL Lee (tiga kanan) menunjukkan kad MyKid milik Augustine Ijan, manakala Lee See Ming (dua kiri) memegang resit permohonan Rovina daripada JPN semasa Festival Kuih Bulan di Sibu.

SIBU: Impian seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun untuk bersekolah bakal menjadi kenyataan apabila permohonan dokumen pengenalannya kini dalam proses kelulusan.

Rovina Rata, yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, dijangka menerima kad pengenalan dalam tempoh tiga hingga enam bulan, hasil bantuan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Lanang.

Pengerusi PKR Lanang, Micheal Lee, berkata beliau bersama Naib Presiden parti itu, Lee See Ming, membawa Rovina dan adiknya, Augustine Ijan, 4 tahun, ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 23 September lalu untuk memohon dokumen pengenalan diri masing-masing. Augustine telah berjaya memperoleh kad MyKid pada 28 September, manakala Rovina masih perlu menunggu beberapa bulan lagi.

“Selepas Rovina memperoleh dokumen pengenalan nanti, kami akan membantu mendaftarkannya ke sekolah agar dia dapat meneruskan pelajaran seperti kanak-kanak lain,” kata Micheal ketika ditemui selepas Festival Kuih Bulan anjuran PKR Lanang di sini, malam Jumaat.

Micheal menjelaskan pihaknya mengetahui kes tersebut semasa program agihan bakul makanan oleh Ahli Parlimen Lanang, Chiew Choon Man, pada 21 September lalu.

Semasa lawatan ke rumah, mereka mendapati kedua-dua beradik itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, dan Rovina belum bersekolah kerana ketiadaan dokumen.

Beliau menjelaskan bahawa kes Augustine berpunca daripada kelewatan pendaftaran kelahiran, manakala kes Rovina lebih rumit kerana ibunya juga sebelum ini tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Setelah ibunya berjaya mendapatkan MyKad, barulah proses permohonan Rovina dapat diteruskan.

Dalam ucapannya sempena Festival Kuih Bulan, Micheal berkata perayaan itu melambangkan kesyukuran, perpaduan dan kekuatan bersama dalam perjuangan parti.

Turut hadir Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri PKR, Mahmud Epah, serta Pengerusi penganjur, Ting Tiew Yu.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Semangat dan ketabahan kunci kejayaan Festival Filem WMNFF 2025 di Sibu
Next: Pokok rambutan tumbang halang lalu lintas di Jalan Kuong Kok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.