Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Impian berabad jadi kenyataan
  • TEMPATAN

Impian berabad jadi kenyataan

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KASIH GPS… Wong Ching Yong (tengah) merakam kenangan bersama penerima surat hak milik Tanah NCR dari kawasan Sengan, Ulu Salim, Sibu semalam.

SIBU: Impian seramai 88 pemilik Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dari kawasan Sengan, Ulu Salim dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memiliki surat hak milik tanah kini telah menjadi kenyataan.

Hari ini, kira-kira 23 orang daripada mereka (pemilik tanah NCR) telah hadir ke Pejabat Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sibu untuk mengambil surat hak milik tanah mereka.

Menurut mereka, impian sejak berabad lamanya kini telah menjadi kenyataan apabila mereka telah memiliki surat hak milik tanah ke atas tanah NCR mereka.

“Ya, kita memang sudah lama menunggu, sejak dari zaman nenek moyang kita untuk mendapatkan surat hak milik tanah sepertimana hari ini.

“Hari ini adalah hari yang amat mengembirakan kami semua, impian kami untuk mendapatkan hak milik tanah NCR telah menjadi kenyataan.

“Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kasih yang tidak terhingga kepada kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,” ujarnya mereka.

Turut hadir Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong, Wong Ching Yong.

Terdahulu, Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN) dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi Kawasan Selangau Bahagian Sibu berlangsung di Rumah Penghulu Surang Takin, Sungai Tajam Batang Oya, Selangau pada 26 Oktober lepas disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Pada majlis tersebut, Awang Tengah telah menyerahkan sebanyak 229 surat hakmilik tanah kepada 227 orang penerima dari kawasan Sungai Tajam Batang Oya Selangau, Tanjung Penasu Batang Igan Sibu, Ulu Sungai Salim/Menyan dan Pasai Siong.

Oleh Akun giman

Continue Reading

Previous: 14 keluarga bersyukur terima sumbangan
Next: Bina jalan bergantung pada beberapa faktor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.