Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Impian 16 tahun jadi kenyataan, lima beradik tunai haji bersama
  • SEMASA

Impian 16 tahun jadi kenyataan, lima beradik tunai haji bersama

Utusan Sarawak 16 hours ago
SEBUAH keluarga dari Kuala Terengganu melakar detik penuh bermakna apabila impian yang ditanam sejak 16 tahun lalu untuk menunaikan haji lima beradik bersama pasangan masing-masing akhirnya menjadi kenyataan. Di bawah kepimpinan abang sulung mereka, Hashim Awang, 69, (duduk dua, kanan) keluarga ini berkumpul di Tanah Suci dengan satu hati dan satu tekad, menyahut seruan Ilahi dalam menyempurnakan rukun Islam kelima, sebagai satu keluarga yang teguh dalam kasih, iman dan harapan. Foto BERNAMA

MAKKAH: Lima beradik dari Kuala Terengganu menzahirkan kesyukuran apabila impian untuk menunaikan ibadah haji bersama pasangan masing-masing, yang diidamkan sejak 16 tahun lepas akhirnya menjadi kenyataan.

Di ketuai abang sulung, Hashim Awang, 69, keluarga ini bersatu hati berhimpun di Tanah Suci untuk menyahut seruan Ilahi.

“Saya panjatkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT. Bukan mudah untuk mengatur perjalanan bersama keluarga besar, namun dengan izin-Nya dan sokongan Tabung Haji, kami dijemput menjadi tetamu-Nya,” kata Hashim dengan mata berkaca ketika ditemui media, di sini.

Pesara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu itu berkata cita-cita untuk menunaikan haji bersama keluarga bermula seawal 2009, digerakkan dengan penuh tekad dan doa yang tidak pernah putus.

“Kami mahu satukan keluarga bukan sahaja di dunia, tetapi juga dalam ibadah agung ini supaya kasih ini kekal abadi,” katanya.

Kehilangan insan bergelar bapa pada 1987 tidak memadamkan cahaya kebersamaan menyaksikan Hashim mengambil peranan sebagai penjaga kepada tujuh adiknya.

“Saya akan sentiasa mengingati amanah ayah saya untuk jaga solat, jaga adik-adik, jangan berpecah. Itu yang saya pegang sampai hari ini,” katanya mengimbau kenangan.

Sementara itu, Ismail Awang, 61, turut berkongsi detik manis ketika kakak ipar sulungnya, Ruhani Kassim, 65, menyemak status tawaran haji melalui THiJARI.

Ismail berkata penantian penuh debaran untuk mereka sekeluarga itu bertukar menjadi kegembiraan sebaik melihat namanya tersenarai, sebelum berita berkenaan disampaikan kepada ahli keluarga lain.

“Bila lihat dalam THiJARI ada (tawaran). Selepas itu semua orang semak, masing-masing semak jadi yang dapat itu ‘merebak’. Lebih manis apabila semua tarikh sama, kapal terbang sama, tempat penginapan pun sama, balik pun sama, insya-Allah. Apabila terima panggilan, semua duit tak cukup, carilah masing-masing sehingga cukup,” katanya.

Ismail berkata harapan mereka hanya satu agar setiap langkah, setiap sujud, dan setiap doa diterima, dan mereka pulang ke tanah air sebagai hamba yang dibersihkan serta dianugerahkan haji yang mabrur.– Bernama

Continue Reading

Previous: KESUMA teliti cadangan naikkan umur persaraan – Sim
Next: Federal recognition of PETROS marks progress under the MADANI Unity Government

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.