Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Imigresen tahan 15 pendatang tanpa izin di sekitar Labuan
  • JENAYAH

Imigresen tahan 15 pendatang tanpa izin di sekitar Labuan

Utusan Sarawak 1 day ago
JABATAN Imigresen (JIM) Labuan menahan 15 pendatang tanpa izin dalam operasi di beberapa lokasi disyaki dijadikan tempat tinggal warga asing itu, semalam. -Foto Jabatan Imigresen

LABUAN: Jabatan Imigresen (JIM) Labuan menahan 15 pendatang tanpa izin dalam operasi di beberapa lokasi disyaki dijadikan tempat tinggal warga asing itu, semalam.

Pengarah Imigresen Labuan Raymond Entalai berkata mereka terdiri daripada tiga lelaki, enam wanita, empat kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan warga Filipina.

“Kesemua yang ditahan dalam operasi bermula 1.00 hingga 4.00 pagi itu berusia antara setahun hingga 77 tahun.

“Mereka disyaki melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke Depot Imigresen Labuan untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Sindiket seludup migran di Tebedu tumpas, 11 warga asing ditahan
Next: Penyanyi rap antara tiga warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Laos

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.