Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Imigresen Miri tahan 76 warga asing dalam operasi penguatkuasaan bersepadu
  • Utara
  • WILAYAH

Imigresen Miri tahan 76 warga asing dalam operasi penguatkuasaan bersepadu

Utusan Sarawak 5 hours ago
TAHAN… Sebahagian daripada 76 warga asing yang ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan bersepadu pada 5 hingga 6 Februari, semalam.

MIRI: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Bahagian Miri berjaya menahan seramai 76 warga asing dalam satu operasi penguatkuasaan bersepadu pada 5 hingga 6 Februari, semalam.

Operasi yang dijalankan hasil maklumat awam itu melibatkan seramai 30 pegawai dan anggota Unit Penguatkuasa Imigresen Miri dengan menyasarkan beberapa lokasi sekitar bandar raya Miri yang dipercayai menjadi tumpuan warga asing tanpa dokumen sah.

Menurut kenyataan JIM Sarawak, sebanyak 17 premis diperiksa meliputi tapak pembinaan, kedai makan, bilik sewa dan rumah persendirian.

TAHAN… Sebahagian daripada 76 warga asing yang ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan bersepadu pada 5 hingga 6 Februari, semalam.

“Hasil pemeriksaan terhadap 185 individu, seramai 76 warga asing ditahan terdiri daripada 66 warganegara Indonesia dan 10 warganegara Filipina kerana disyaki melanggar peruntukan Akta Imigresen 1959/63 di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c).

“Turut ditahan seorang warganegara Malaysia yang dipercayai bertindak sebagai majikan kepada sebahagian daripada warga asing berkenaan,” kata kenyataan itu semalam.

Tambahnya, kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sehubungan itu, JIM menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat dari semasa ke semasa bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin serta memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Keselamatan kebakaran jadi fokus program pendidikan warga PPDK Pakan
Next: Media arus perdana digesa pimpin penggunaan media sosial secara beretika

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.