Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Imej dari angkasa paparkan Kaabah bercahaya dari 400km
  • GLOBAL

Imej dari angkasa paparkan Kaabah bercahaya dari 400km

Utusan Sarawak 1 hour ago

Angkasawan NASA, Don Pettit muat naik gambar di X, menonjolkan keindahan Kaabah dari angkasa.

DHAKA: Sekeping gambar menakjubkan yang dirakam dari orbit menjadi tular dalam talian, memaparkan Kaabah di Makkah bersinar seperti titik bercahaya dari ketinggian 400 kilometer di atas Bumi, lapor United News of Bangladesh (UNB).

Imej yang dirakam dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) itu menonjolkan tapak paling suci umat Islam sebagai pusat yang bercahaya di tengah-tengah bandar raya berkenaan.

Angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Don Pettit, yang baru pulang daripada misinya di ISS, memuat naik gambar itu di X (dahulunya Twitter) dengan kapsyen: “Pemandangan orbit Makkah, Arab Saudi. Titik terang di tengah ialah Kaabah, tapak paling suci umat Islam, kelihatan walaupun dari angkasa”.

Pettit yang terkenal dengan pendekatan artistik terhadap imejan angkasa sepanjang penugasan keempatnya di stesen itu, merakam gambar berkenaan menggunakan kamera Nikon beresolusi tinggi melalui tingkap Cupola ISS.

— BERNAMA-UNB

Continue Reading

Previous: Ribut kuat landa Greece, cetus banjir dan tanah runtuh
Next: Waktu lawatan ke Rawdah untuk lelaki, wanita ditetapkan demi kelancaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.