Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Ilya Buang semakin berhati-hati pilih jenaka seiring peningkatan usia
  • HIBURAN

Ilya Buang semakin berhati-hati pilih jenaka seiring peningkatan usia

Utusan Sarawak 8 hours ago
ILYA Buang Shaharum

KUALA LUMPUR: Seiring peningkatan usia, pelawak dan pelakon Ilya Buang Shaharum  mengakui beliau kini lebih berhati-hati dalam menilai kesesuaian jenaka untuk penonton masa kini.

Ilya, 58, yang juga ahli kumpulan Senario, berkata pengalaman hidup dan kematangan membuatkannya berfikir lebih dalam tentang batas serta kesan setiap jenaka ke atas khalayak umum.

“Bila dah berumur ni, timbul macam-macam persoalan, sesuai ke aku buat lawak macam ni? Bila kita buat benda yang bukan-bukan ia sampai di sekolah, anak-anak pun terkesan.

“Saya rasa ada benda yang tak sesuai untuk dipersembahkan sebab usia kita. Kalau orang muda buat, mungkin nampak manis, tapi kalau orang tua buat, ia nampak buruk,” katanya selepas sidang media Konsert The Last Kopek: SenarioUnion 30 Tahun baru-baru ini.

Beliau berkata komedi hari ini lebih pelbagai dan Senario juga perlu menyesuaikan pendekatan agar terus relevan.

Pada masa sama, keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan turut membuatkan Ilya yang mesra disapa Pak Ya, lebih teliti sebelum menerima sebarang tawaran persembahan kerana perlu mengambil kira kemampuan fizikalnya.

“Saya sedang mengalami masalah telinga akibat batuk dan selesema, selain satu saluran jantung yang tersumbat 60 peratus serta masalah lutut. Semua ini buat saya tak boleh menyanyi seperti dulu, khususnya bila perlu ambil nada tinggi,” katanya.

Namun, pelakon Zombie Kilang Biskut dan Zombie Kampung Pisang itu menegaskan rakan-rakan sepasukan sentiasa memberikan sokongan dan tidak pernah membuatnya berasa tersisih.

Katanya sekalipun sifat mengusik sudah sebati dengan dunia komedi, seiring perubahan fasa hidup, beliau kini lebih cenderung menjaga perasaan orang sekeliling.

“Mungkin sebab saya dah bercucu, saya jadi lebih berjiwa penyayang, tak sampai hati nak buat benda yang boleh menyakitkan hati orang, walaupun pada sesetengah orang benda itu kelakar,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ilya bersama-sama lima lagi ahli Senario iaitu Azlee Jaafar, Saiful Apek, Yassin Yahya, Lan Pet Pet dan Wahid bakal menjayakan konsert mega The Last Kopek: SenarioUnion 30 Tahun yang akan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 25 April tahun depan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Erra Fazira sah bergelar isteri kepada Ezwan Zain
Next: Keserasian anak-anak faktor Erra Fazira dan Ezwan mendirikan rumah tangga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.