Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Ilmu asas bina generasi berdaya saing – Chiew
  • PENDIDIKAN

Ilmu asas bina generasi berdaya saing – Chiew

Utusan Sarawak 3 hours ago
 AMANAT…Ahli Parlimen Miri,Chiew Choon Man menyampaikan amanat beliau pada Majlis Gemilang Ilmu Tingkatan 5 SMK Dato Permaisuri, di Miri hari ini.

MIRI: Ilmu pengetahuan menjadi asas penting dalam membentuk generasi berdaya saing serta memacu kemajuan negara, kata Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man.

“Dalam dunia yang berubah pantas, pelajar bukan sahaja perlu cemerlang dalam akademik, tetapi juga memiliki sahsiah terpuji, kemahiran insaniah serta nilai patriotik yang tinggi,” katanya.

Chiew berkata demikian ketika berucap pada Majlis Gemilang Ilmu Tingkatan 5 SMK Dato Permaisuri, di sini, hari ini.

Menurut beliau, majlis bertemakan ‘Memacu Keunggulan Sistem dan Transformasi Digital’ itu bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya platform menyuntik semangat dan membina jati diri pelajar sebagai bakal pemimpin masa depan.

UNTUK KENANGAN…Ahli Parlimen Miri,Chiew Choon Man merakam gambar kenangan bersama tetamu yang hadir  pada Majlis Gemilang Ilmu Tingkatan 5 SMK Dato Permaisuri, di Miri hari ini.

Beliau turut menegaskan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh sistem pendidikan melalui penambahbaikan infrastruktur, kemudahan digital, makmal sains serta memastikan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif, bebas daripada gejala negatif seperti buli dan vandalisme.

Chiew merakamkan penghargaan kepada warga pendidik serta ibubapa atas sokongan berterusan dalam membentuk kejayaan pelajar, sambil menekankan bahawa kecemerlangan lahir daripada kerjasama erat antara sekolah, keluarga dan komuniti.

Beliau menggesa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya  memanfaatkan baki masa dengan sebaiknya dan memberikan komitmen penuh.

“Saya tidak meminta semua mendapat A, tetapi berusahalah sedaya upaya. Jadilah lebih baik daripada sebelum ini kerana usaha itulah yang menentukan masa depan,” ujarnya.

Beliau berharap Majlis Gemilang Ilmu ini menjadi pemangkin kepada pelajar Tingkatan 5 untuk melangkah ke alam dewasa dengan lebih yakin, berdisiplin dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Sirih pulang ke gagang: Alumni UPM berhimpun semarakkan legasi kecemerlangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.