
MARUDI: Ilmeilyana Agulera Lian, 25, dari Rh Sophia, Sungai Kelabit, Bakong dinobatkan sebagai juara pertandingan Kumang 2026 yang diadakan di Dewan Suarah Marudi sempena Pra-Gawai 2026, malam tadi.
Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta sejambak bunga, mahkota, selempang dan sijil penyertaan.
Tempat kedua dimenangi Vivian Sharon Donny Saga dari Rh Polen, Sungai Melikat, Marudi yang menerima hadiah wang tunai RM2,500 berserta sejambak bunga, mahkota, selempang dan sijil penyertaan.
Tempat ketiga pula dimenangi Florence Cynthia Jacksan, 21, dari Sungai Selepin, Bakong yang menerima hadiah wang tunai RM2,000 serta sejambak bunga, mahkota, selempang dan sijil penyertaan.

Peserta yang menduduki tempat keempat dan kelima masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan RM800 berserta sijil penyertaan.
Sementara itu, tujuh peserta lain menerima hadiah saguhati RM500 setiap seorang berserta sijil penyertaan.
Dalam pertandingan sama, Jennifer Segunting dari Rh Tanjong, Sungai Stapang B, Marudi diumumkan sebagai pemenang kategori Catwalk Terbaik, manakala anugerah Pakaian Terbaik dimenangi Ilmeilyana Agulera Lian.
Hadiah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala dan Pegawai Daerah Marudi, Rose Edward Tarang.
Oleh Jiku Juguong