
SIBU: Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak (IKMa) telah menganjurkan Bengkel Koperasi Kariah Masjid di Sibu pada 4 hingga 6 Ogos lalu.
Program ini diadakan bertujuan membina pelan strategik koperasi, pengurusan mesyuarat koperasi, penyediaan surat dan perekodan fail pengurusan koperasi.

Seramai 31 peserta telah menghadiri program ini yang terdiri daripada anggota lembaga koperasi kariah masjid dari Sibu, Kuching, Sarikei, Sri Aman dan Miri.
Peserta juga telah berkongsi pengalaman pengurusan koperasi masing-masing bagi memperkasakan pengurusan koperasi mereka.
Program ini telah dikendalikan oleh Mohamad Suandi Mortadza ( Pensyarah Kanan IKMa) dan VRonica Kumang (Pensyarah IKMa) daripada IKMa Zon Sarawak.

Program ini adalah bimbingan bersasar koperasi bagi mendorong kejayaan gerakan koperasi bagi mencapai matlamat penubuhan koperasi masing-masing.
Pada masa akan datang juga program bimbingan akan dilanjutkan dengan program bengkel teknikal perniagaan dan lawatan penandaaras ke koperasi berjaya.
Oleh Akun Giman