Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ikan Murray Cod Australia pecah rekod selepas berenang sejauh 860 kilometer
  • GLOBAL

Ikan Murray Cod Australia pecah rekod selepas berenang sejauh 860 kilometer

Utusan Sarawak 18 hours ago
IKAN Murray cod seperti yang dilihat di Akuarium Sydney pada 2011 boleh hidup hampir 50 tahun. Foto AFP

SYDNEY: Seekor ikan air tawar Murray cod di Australia mengejutkan para saintis selepas berenang sejauh 860 kilometer kira-kira jarak maraton sungai yang dipercayai menjadi rekod baharu bagi spesies tersebut.

Ikan berkenaan, dinamakan Arnie sempena juara Olimpik Australia yang baharu bersara, Ariarne Titmus, pertama kali ditanda pada awal 2022 di Mullaroo Creek, kira-kira 13 jam perjalanan ke barat Sydney, kata penyelidik Institut Arthur Rylah, Zeb Tonkin.

Pada masa itu, ikan berusia empat tahun dengan berat 1.7 kilogram itu ‘menghilang’ apabila banjir melanda kawasan berkenaan pada musim bunga tahun sama.

Arnie dilaporkan berenang sejauh 760 kilometer ke hulu sungai dalam tempoh kurang dua bulan.

Pemangsa utama sungai itu mampu berenang lebih jauh kerana halangan di sepanjang Sungai Murray telah dibuka bagi membolehkan air banjir mengalir dengan bebas.

“Ia pada asasnya menyediakan laluan terbuka untuk ikan,” kata Tonkin.

Arnie kemudiannya berpatah balik dalam tempoh 12 bulan lalu, berenang sejauh 100 kilometer ke hilir menuju ke habitat asalnya.

Penyelidik hanya menyedari jarak luar biasa perjalanan ikan tersebut selepas berkongsi data dengan rakan penyelidik beberapa minggu lalu.

“Kami telah mengkaji spesies ini selama beberapa dekad dan tidak pernah menemui pergerakan sejauh ini sebelum ini,” kata Tonkin.

“Rekod terbaik yang pernah direkodkan sebelum ini hanyalah sekitar 160 kilometer.”

Menurut Tonkin, pemahaman terhadap tingkah laku Murray cod membantu penyelidik menyesuaikan aliran air bagi melindungi habitatnya.

Institut beliau merupakan sebahagian daripada Jabatan Tenaga, Alam Sekitar dan Tindakan Iklim negeri Victoria.

Spesies ikan ini tidak berkait dengan ikan kod laut mampu hidup lebih 48 tahun, membesar sehingga 1.8 meter panjang dan mencapai berat melebihi 83 kilogram, menurut tinjauan kerajaan mengenai stok ikan Australia.

“Jika kita lihat spesies ini membiak, membesar dan bermigrasi dengan baik, itu petanda ekosistem secara keseluruhan berada dalam keadaan sihat,” tambah Tonkin.

Projek penandaan ikan yang dijalankan selama sedekad ini dijalankan bersama Mallee Catchment Management Authority dan dibiayai oleh program Living Murray yang dikendalikan oleh Murray–Darling Basin Authority. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Setengah juta haiwan ternakan ditakai susulan penyebaran pantas selesema burung di Jerman
Next: Lelaki mengaku bunuh bekas PM Jepun Shinzo Abe

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.