Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ikan kerapu bawa tuah, Apri Nawawi bawa pulang RM20,000
  • WILAYAH

Ikan kerapu bawa tuah, Apri Nawawi bawa pulang RM20,000

Utusan Sarawak 20 hours ago
TAHNIAH…..Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyerahkan plak juara Safari Memancing Tanjung Manis 2025 Edisi Ke-18 bagi kategori laut dalam kepada Apri Nawawi. Foto: Earl Anek

TANJUNG MANIS: Ikan kerapu seberat 16.6 kilogram (kg) membawa tuah kepada Apri Nawawi apabila dinobatkan sebagai juara dengan jumlah mata terkumpul 166 dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 serta trofi Safari Memancing Tanjung Manis 2025 Edisi Ke-18 bagi kategori laut dalam. 

Naib juara dimenangi oleh Mohd Nizam Razali yang berjaya memancing ikan jenahak seberat 9.4 kg dengan jumlah mata terkumpul sebanyak 141 dan berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM6,000.

Tempat ketiga dimenangi oleh Fairuze Siddiqinn Shearack yang berjaya menaikkan ikan kerapu seberat 9.6 kg dan jumlah mata terkumpul 96 serta berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM4,000.

Hadiah kepada pemenang bagi kategori laut dalam diserahkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

TERIMA KASIH…..Suharman Rosli menerima plak juara Safari Memancing Tanjung Manis 2025 Edisi Ke-18 bagi kategori persisiran pantai daripada Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh. Foto: Earl Anek

Sementara itu, juara bagi kategori persisiran pantai ialah Suharman Rosli yang berjaya mendaratkan ikan pari seberat 18 kg.

Selaku juara kategori persisiran pantai, Suharman berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM8,000 dan tropi.

Naib juara dimenangi oleh Othman Morni yang berjaya mendaratkan ikan pari seberat 17 kg dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.

Tempat ketiga dimenangi oleh Malek Rebi yang berjaya menaikkan ikan pari seberat 16.6 kg dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.

Hadiah kepada pemenang bagi kategori persisiran pantai disampaikan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Konvoi perahu Jalur Gemilang semarakkan semangat patriotik di Marudi
Next: Huang umum peruntukan RM50,000 untuk Persatuan Klan Chen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.