Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • IJN laksana implan perentak jantung dwiruang tanpa wayar pertama di Asia Tenggara
  • KESIHATAN

IJN laksana implan perentak jantung dwiruang tanpa wayar pertama di Asia Tenggara

Utusan Sarawak 2 days ago

KETUA Pegawai Klinikal Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahya (tengah) menunjukkan implan perentak jantung dwi-ruang tanpa wayar pertama di Asia Tenggara selepas sidang media di IJN hari ini. Turut sama Pakar Perunding Kanan Kardiologi dan Pengarah Klinikal Intervensi Elektrofisiologi dan Peranti Implan, Datuk Dr Azlan Hussin (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib (kanan). Institut Jantung Negara (IJN) hari ini mengumumkan pencapaiannya mencipta sejarah dengan melakukan implan perentak jantung dwi-ruang tanpa wayar pertama di Asia Tenggara di IJN di ibu negara. Inovasi tersebut bakal mengurangkan risiko komplikasi seperti jangkitan, wayar tercabut atau saluran darah tersumbat dengan ketara. Foto BERNAMA  


KUALA LUMPUR:  Institut Jantung Negara (IJN) melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pusat perubatan pertama di Asia Tenggara yang berjaya melaksanakan implan perentak  jantung dwiruang tanpa wayar pertama di dunia, iaitu Abbott AVEIR™DR.

Pakar Perunding Kanan dan Pengarah Klinikal Intervensi Elektrofisiologi dan Peranti Boleh Diimplan Datuk Dr Azlan Hussin berkata pencapaian itu mencerminkan komitmen IJN dalam menetapkan piawaian baharu untuk menjadi peneraju rawatan jantung di Malaysia dan serantau. 

“Perentak jantung dwiruang tanpa wayar ini bakal memperbaiki penjagaan pesakit sedia ada dan mencipta peluang untuk merawat lebih ramai pesakit, termasuk kanak-kanak.

“Dengan pemansuhan penggunaan wayar dan poket pembedahan, sistem perentak jantung baharu ini mengurangkan risiko komplikasi seperti jangkitan, wayar tercabut, atau salur darah tersumbat,” katanya pada sidang media di IJN hari ini.

Beliau berkata komplikasi jangka panjang lazimnya antara satu hingga dua peratus, atau dalam sesetengah kes ia lebih rendah berbanding perentak jantung konvensional.

Setakat ini, 18 pesakit sudah menerima peranti baharu ini, dengan implan pertama dilaksanakan pada 27 Mei, hasil pengalaman lebih sedekad IJN dalam teknologi perentak jantung tanpa wayar, menyaksikan hampir 900 pesakit telah menjalani prosedur melibatkan teknologi baharu itu. 

Dr Azlan berkata sistem AVEIR™ DR menawarkan pelbagai kelebihan, termasuk tempoh prosedur lebih singkat yang lazimnya antara 20 minit hingga sejam, bergantung kepada keadaan jantung pesakit.

“Sistem itu juga direka untuk menyediakan analisis rentakan masa nyata, membolehkan pakar mengesahkan penempatan peranti yang betul semasa prosedur sebelum implantasi ke dalam ruang jantung,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif IJN Prof Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib berkata penggunaan teknologi baharu menyebabkan kos awal bagi prosedur ini agak tinggi. 

“Sama seperti teknologi baharu yang lain, kos awal memang agak tinggi. Namun, caj di IJN jauh lebih rendah berbanding kebanyakan hospital swasta,” katanya.

Mengenai sama ada hospital lain di Malaysia mampu melaksanakan prosedur itu, Dr Mohamed Ezani berkata perkara ini bukan hanya berkaitan menyediakan perkhidmatan, tetapi memerlukan kepakaran dan infrastruktur yang sesuai.

“Masyarakat perlu tahu bahawa ini bukan sekadar soal perniagaan. Ia memerlukan kepakaran klinikal, teknologi canggih dan kemudahan yang mencukupi, dan semua ini boleh didapati di IJN.”

“Di IJN, inovasi sekadar mengenai teknologi baharu, tetapi tentang mencipta impak yang bermakna. Prosedur implantasi AVEIR™ DR ini satu lonjakan besar dalam penjagaan kesihatan jantung sekali gus mengukuhkan peranan kami sebagai peneraju serantau,” katanya.

Beliau berkata kesedaran, intervensi awal dan penggunaan penyelsaian teknologi canggih harus berjalan seiring memandangkan penyakit kardiovaskular kekal sebagai cabaran utama di Malaysia.

Sistem AVEIR™ DR direka untuk pesakit yang mengalami jantung perlahan atau tidak normal selain berbeza daripada perentak jantung tradisional yang diletakkan di bawah kulit dengan wayar disambungkan ke jantung dan lebih kecil serta diimplan terus ke dalam atrium dan ventrikel kanan jantung.

Sebagai perentak jantung dwiruang tanpa wayar pertama di dunia, ia menyalurkan rentak yang lancar tanpa komplikasi, reka bentuk invasif minimum, hayat jangka panjang dan ciri-ciri pengubahsuaian untuk keperluan terapeutik masa hadapan.

Pada 2018, IJN muncul hospital pertama di luar Amerika Syarikat yang menjalankan implan MicraAV iaitu perentak jantung terkecil di dunia.– Bernama

Continue Reading

Previous: Waspada penyakit HFMD ketika musim cuti sekolah
Next: IJN laksana implan perentak jantung dwiruang tanpa wayar pertama di Asia Tenggara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.