Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • IJN hospital pertama di Malaysia guna sistem pembaikan injap jantung PASCAL Precision
  • KESIHATAN

IJN hospital pertama di Malaysia guna sistem pembaikan injap jantung PASCAL Precision

Utusan Sarawak 7 hours ago
INSTITUT Jantung Negara (IJN) menjadi hospital pertama di Malaysia yang menggunakan sistem pembaikan injap transkateter PASCAL Precision secara klinikal bagi pesakit regurgitasi mitral. Foto Institut Jantung Negara

KUALA LUMPUR: Institut Jantung Negara (IJN) menjadi hospital pertama di Malaysia yang menggunakan sistem pembaikan injap transkateter PASCAL Precision secara klinikal bagi pesakit regurgitasi mitral.

Pencapaian itu menandakan kemajuan penting dalam rawatan penyakit struktur jantung di Malaysia menerusi peluasan pilihan rawatan untuk pesakit yang mengalami regurgitasi mitral yang signifikan secara klinikal dan masih bergejala walaupun telah menerima terapi perubatan.

IJN dalam kenyataan hari ini memaklumkan regurgitasi mitral berlaku apabila injap tidak tertutup dengan sempurna, yang boleh menyebabkan sesak nafas, keletihan dan kegagalan jantung yang semakin teruk jika tidak dirawat.

Menurut IJN, sistem baharu itu memperluas pilihan rawatan untuk pesakit yang masih bergejala walaupun mengambil ubat dan mungkin tidak sesuai menjalani pembedahan konvensional, selain melengkapi teknologi pembaikan transkateter sedia ada dengan membolehkan pasukan jantung menyesuaikan rawatan mengikut anatomi injap individu dan keperluan klinikal.

Ketua Jabatan Kardiologi, Pakar Perunding Kardiologi Kanan dan Ketua Klinikal untuk Intervensi Struktur dalam Injap Mitral dan Trikuspid IJN Datuk Seri Dr Azmee Mohd Ghazi berkata teknologi itu menyediakan pilihan tambahan kepada pasukan jantung untuk merawat regurgitasi mitral menerusi pendekatan kurang invasif selain menyokong pembaikan injap yang tepat dan berkesan. 

“Sebagai pusat pertama di Malaysia yang menggunakan secara klinikal sistem PASCAL Precision, IJN terus memperluas akses kepada terapi struktur jantung inovatif untuk pesakit yang mungkin tidak sesuai menjalani pembedahan konvensional,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IJN Prof Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib berkata perkembangan itu mengukuhkan kedudukan IJN sebagai pusat kardiovaskular kebangsaan yang memberi tumpuan kepada terapi dan inovasi termaju.

“Ketersediaan sistem PASCAL Precision terus memperkukuh program struktur jantung IJN serta menyokong pendekatan pembaikan injap mitral transkateter yang lebih bersifat individu dan berpandukan anatomi di Malaysia,” katanya.

IJN memaklumkan kajian klinikal menunjukkan sistem itu dapat mengurangkan kebocoran injap mitral secara berkesan, sekali gus meningkatkan fungsi jantung dan memperbaiki kualiti hidup pesakit terpilih selepas rawatan.

-Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Kadar penyertaan PeKaB40 masih rendah, ProtectHealth akan rombak semula strategi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.