Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Idrus dilantik semula Peguam Negara
  • NASIONAL

Idrus dilantik semula Peguam Negara

Utusan Sarawak 2 years ago

Tan Sri Idrus Harun

PUTRAJAYA: Tan Sri Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa 6 Mac.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan hari ini berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan pelantikan semula Idrus selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Idrus, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, dilantik sebagai Peguam Negara pada 6 Mac 2020.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, penasihat undang-undang di Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Cara Negara dan Hakim Mahkamah Rayuan. – Bernama

Continue Reading

Previous: KKD tidak kekang kebebasan media lapor berita – Fahmi
Next: Anggota polis ditemukan maut dengan kesan tembakan ada masalah keluarga – KPN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.