Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Idris Buang tinjau operasi pemadaman kebakaran di Kampung Plaie
  • Selatan
  • WILAYAH

Idris Buang tinjau operasi pemadaman kebakaran di Kampung Plaie

Utusan Sarawak 1 day ago
DATO Idris Buang turun padang meninjau operasi pemadaman kebakaran di bekas tapak pelupusan sampah Kampung Plaie, semalam. Foto UKAS

KOTA SAMARAHAN: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang turun padang meninjau operasi pemadaman kebakaran di bekas tapak pelupusan sampah Kampung Plaie, semalam.

Ketibaan beliau disambut oleh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samarahan yang sedang giat menjalankan operasi pemadaman sejak beberapa hari lalu.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung insiden kebakaran dan meninjau sendiri cabaran yang dihadapi pasukan penyelamat di lapangan.

Pihak bomba turut memberikan taklimat terperinci kepada Dato Idris mengenai situasi semasa kebakaran, yang antara lain melibatkan kesukaran memadamkan api di bawah permukaan tanah akibat struktur sisa yang tebal serta faktor cuaca panas yang berpanjangan.

Menurut taklimat tersebut, operasi juga terkesan oleh bekalan air yang terhad dan bergantung kepada parit berdekatan yang dipengaruhi oleh fenomena pasang surut.

Situasi ini memerlukan pendekatan lebih strategik dan penggunaan sumber tambahan bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan kediaman berhampiran.

Dato Idris dalam sidang media ringkas, menzahirkan penghargaan kepada seluruh anggota bomba dan agensi yang terlibat atas komitmen tinggi mereka dalam menangani insiden ini.

“Saya amat menghargai usaha pasukan bomba yang telah bertungkus-lumus sejak hari pertama kejadian. Semoga usaha ini dipermudahkan dan semua pihak dapat bekerjasama bagi memastikan kebakaran ini dikawal sepenuhnya demi keselamatan penduduk setempat,” ujarnya.

Turut hadir wakil daripada agensi-agensi berkaitan yang turut sama membantu dalam operasi pemadaman dan pemantauan kawasan terjejas. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: UCA Sibu disaran tubuh unit data perkukuh advokasi masyarakat Cina
Next: Saratok raikan Hari Wanita Sarawak dengan semangat kebersamaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.