Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Identiti mayat wanita dalam beg belum dapat dipastikan – Polis
  • JENAYAH

Identiti mayat wanita dalam beg belum dapat dipastikan – Polis

Utusan Sarawak 14 hours ago
KENDERAAN Forensik Polis mengeluarkan mayat seorang wanita yang dipercayai dibunuh suaminya dari rumah di Kampung Paku, Gual Ipoh. Foto Bernama

SEREMBAN: Identiti sebenar mayat seorang wanita ditemukan di dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau semalam masih belum dapat dikenal pasti setakat ini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar berkata keadaan itu berikutan jasad mangsa yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari.

“Kita telah mengambil  sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang dipercayai milik keluarga mangsa dan proses mendapatkan keputusannya akan mengambil masa.

“Bedah siasat telah dijalankan hari ini di Hospital Rembau, namum punca kematian diklasifikan sebagai   ‘undetermined’ berikutan keadaan jasad yang telah mereput,” katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Beliau berkata tangkapan terbaharu bagi membantu siasatan kes berkenaan melibatkan suspek utama berusia 51 tahun yang ditahan  di Genting Sempah, Pahang pada 3.09 petang tadi selepas tangkapan suspek pertama di Melaka, semalam, menjadikan dua individu ditahan setakat ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 2,685 pemilik kenderaan mewah gagal perbaharui LKM – JPJ
Next: Polis tahan lelaki 22 tahun disyaki terlibat penyalahgunaan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.