Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • IDECS 2025 tumpu AI dan teknologi hijau, sasar 10,000 peserta
  • TEMPATAN

IDECS 2025 tumpu AI dan teknologi hijau, sasar 10,000 peserta

Utusan Sarawak 9 hours ago
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi(tengah) berucap pada sidang media Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak(IDECS) 2025 di Menara LCDA, Kuching hari ini. Foto: Ukas

KUCHING: Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2025 bakal berlangsung pada 22 hingga 23 Oktober depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Persidangan yang bertemakan ‘AI & Evolusi Hijau: Pertumbuhan, Cabaran, dan Daya Tahan Komuniti’ itu dijangka akan dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, persidangan bertemakan ‘AI & Evolusi Hijau: Pertumbuhan, Cabaran, dan Daya Tahan Komuniti’ itu menyasarkan kehadiran seramai 10,000 peserta dan pengunjung, termasuk 20 peratus daripada luar negara.

“IDECS bukan sahaja menekankan teknologi baharu, tetapi juga bagaimana ia dimanfaatkan secara bertanggungjawab demi masa depan komuniti dan kelestarian bumi. Ia menjadi pemangkin kolaborasi serantau serta jambatan antara dasar strategik dan aplikasi dunia nyata,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media program itu di Menara LCDA, hari ini.

Lebih 120 penceramah antarabangsa dan tempatan bakal tampil, termasuk pengarang Our Final Invention, James Barrat, pakar AI global, Dr Ayesha Khanna serta pakar transformasi manusia Dr. Justin Cohen. Selain itu, lebih 120 pempamer turut menyertai pameran teknologi.

Julaihi menambah, National Bioeconomy Showcase 2025 (NBIOSHOWCASE) anjuran Bioeconomy Corporation di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menjadi antara komponen utama, dengan menampilkan inovasi bioteknologi dan produk berasaskan bio sebagai penyelesaian kepada cabaran global seperti keselamatan makanan, penjagaan kesihatan dan ekonomi kitaran.

Sebagai pengisian tambahan, Leader Masterclass akan diadakan pada 21 Oktober sebagai pra-IDECS bagi memberi pendedahan kepada pemimpin mengenai peranan AI dalam transformasi manusia.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan penganugerahan Digital Economy Award melibatkan tujuh kategori termasuk Digital Technology Transformation Award, Digital Government Award dan Environmental Sustainability Award, dengan hadiah wang tunai RM10,000 setiap satu.

“Penerima Premier’s Digital Economy Award akan berpeluang mewakili Sarawak ke Mobile World Congress di Barcelona pada Mac 2026,” katanya.

IDECS25 dianjurkan bersama oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak Berhad (SDEC), Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) dan Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS), dengan Bioeconomy Corporation sebagai rakan strategik serta penaja utama termasuk Huawei, Insights Analytics Berhad, ZTE, MDEC, TERAJU, Yayasan Peneraju, SAINS dan ZUS Coffee.

Oleh Amanda L

Continue Reading

Previous: Pemaju digesa tangani projek terbengkalai, pastikan hak pembeli terpelihara
Next: Eksklusif: Belia perlu kenal potensi diri, jangan kekal dalam zon selesa – Dr. Shantrol

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.