Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • IDECS 2025 perkukuh transformasi ekonomi digital dan hijau Sarawak
  • TEMPATAN

IDECS 2025 perkukuh transformasi ekonomi digital dan hijau Sarawak

Utusan Sarawak 22 hours ago
UCAPAN PERASMIAN… Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berucap pada Majlis Perasmian Konferens Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) Ke-8 bertemakan ‘Evolusi Hijau dan Kecerdasan Buatan (AI): Pertumbuhan, Cabaran dan Ketahanan Komuniti’ di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Konferens Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) Ke-8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini terus menjadi wadah utama memperkukuh transformasi ekonomi digital dan hijau Sarawak seiring aspirasi negeri menuju masa depan berteknologi dan lestari.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, berkata penganjuran IDECS sejak tujuh tahun lalu telah menjadi pemangkin utama dalam mempercepatkan perjalanan transformasi digital Sarawak, daripada pemerkasaan penggunaan data hingga pembentukan strategi yang menyeimbangkan inovasi dengan ketahanan ekonomi dan sosial.

Beliau berkata, kemajuan tersebut dicapai hasil kepimpinan berwawasan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang komited memacu Sarawak ke arah ekonomi digital dan hijau yang dinamik.

“IDECS bukan sahaja menjadi platform utama mempamerkan kejayaan Sarawak dalam bidang ekonomi digital, tetapi turut melambangkan komitmen negeri terhadap aspirasi global selaras dengan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya.

Menurut beliau, tema tahun ini, ‘Evolusi Hijau dan Kecerdasan Buatan (AI): Pertumbuhan, Cabaran dan Ketahanan Komuniti’, mencerminkan dua kuasa besar masa kini kemunculan teknologi pintar serta peralihan ke arah kelestarian hijau yang menuntut keseimbangan antara kemajuan inovatif, tanggungjawab sosial dan etika.

“IDECS 2025 memberi tumpuan kepada bagaimana kecerdasan buatan (AI) dan teknologi hijau mengubah cara kita hidup, bekerja dan mentadbir. Ia juga memperkukuh daya tahan komuniti serta membuka peluang baharu kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di era pendigitalan,” ujarnya.

Antara pengisian utama IDECS 2025 ialah sesi bertemakan Masa Hadapan (Future), yang meneliti teknologi baharu dan tenaga lestari, serta Bandar Masa Hadapan (Future Cities), yang membincangkan transformasi tenaga kerja dan pembangunan bandar rendah karbon.

Selain itu, terdapat juga sesi SheTechs yang memperkasa wanita dan komuniti kurang diwakili, Kampung Pemula (Start-Up Village) sebagai platform untuk usahawan menampilkan solusi teknologi mampan, serta Satelit MTDC Road to Growth 2025 yang membantu pengusaha tempatan memanfaatkan pembiayaan teknologi dan kerjasama strategik.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Premier Sarawak atas kepimpinan yang berterusan dalam memacu perubahan digital negeri, serta kepada Timbalan Pengerusi IDECS, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Dato Sudarnoto Osman, bersama seluruh pasukan penganjur atas dedikasi mereka menjayakan konferens berprestij itu.

Beliau turut mengalu-alukan para peserta antarabangsa agar mengambil kesempatan menerokai keindahan bandar raya Kuching serta menikmati keunikan budaya dan keramahan masyarakat tempatan sepanjang berada di Sarawak.

Oleh Shikin Mahmud & Norman B.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Snowdan serah kepada kepimpinan baharu tentukan lantikan dalam PRS
Next: Sarawak anjur Kejohanan Tarian Naga dan Singa Antarabangsa 2025 awal bulan depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.