Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ideanya bagus, berikan Jonassen masa – Chong Wei
  • NASIONAL

Ideanya bagus, berikan Jonassen masa – Chong Wei

Utusan Sarawak 1 day ago

YANG Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib (kanan), mengurniakan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada legenda sukan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-84 Yang Dipertua Negeri, hari ini. Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Pengarah Kejurulatihan Perseorangan negara Kenneth Jonassen perlu diberikan masa sewajarnya untuk ‘menuai hasil’, kata legenda badminton negara Datuk Seri Lee Chong Wei.

Beliau berkata bekas pemain Denmark yang baru enam bulan memulakan tugas di Malaysia memerlukan ruang menyesuaikan diri dan membentuk semula kekuatan barisan pemain perseorangan negara yang kini dianggap kritikal.

Menurut Chong Wei, Jonassen mempunyai cadangan dan perancangan yang baik dan beliau sendiri bersetuju dengan idea dikemukakan jurulatih berusia 51 tahun itu.

“Saya telah berjumpa dan berbincang dengannya (Jonassen) mengenai bagaimana membantu pemain perseorangan Malaysia, malah idea dibawanya sangat bagus.

“Cumanya kita tak boleh harap hasil segera kerana ini bukan proses sebulan atau setahun, sekurang-kurangnya satu penggal iaitu empat tahun barulah kita boleh lihat keberkesanan perancangannya. 

“Macam anak baharu lahir, nak tunggu berjalan pun ambil masa setahun, inikan pula nak lahirkan juara dunia,” kata Chong Wei ketika ditemui selepas Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-84 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib di sini hari ini. 

LAGENDA sukan badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei, bergambar bersama isteri, Datin Seri Wong Mew Choo, pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-84 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, hari ini. Chong Wei menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri. Foto BERNAMA

Chong Wei, 43, dianugerahkan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Sementara itu, Chong Wei sependapat dengan bekas jurulatih skuad kebangsaan Wong Tat Meng dengan mengakui prestasi perseorangan lelaki kini di tahap membimbangkan dan jurang ketara berbanding pemain utama dunia.

Buat masa ini, Chong Wei berkata hanya Lee Zii Jia dilihat berpotensi selepas pulih daripada kecederaan manakala Ng Tze Yong sedang menjalani rawatan di Doha, Qatar.

“Bagaimanapun, persembahan mereka masih belum stabil, begitu juga Leong Jun Hao yang (prestasinya) turun naik,” katanya.

Mengenai prestasi skuad remaja negara, Chong Wei berkata Malaysia masih ketinggalan walaupun pemain sudah mula didedahkan kepada kejohanan peringkat tinggi.

Beliau juga yakin bekas jurulatihanya Datuk Tey Seu Bock mampu memainkan peranan dalam membina pelapis bagi memastikan kesinambungan perseorangan negara.– Bernama

Continue Reading

Previous: RMK13 fokus tingkatkan pendapatan negara dan rakyat – Fahmi
Next: PM Anwar terima dokumen RMK13, bentang di Parlimen esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.