Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Idea kreatif TS25 SK Tanjung Belipat
  • STAIL

Idea kreatif TS25 SK Tanjung Belipat

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Guru Besar SK Tanjung Berlipat Ahmad Yajis (duduk dua kiri) merakam kenangan bersama Datuk Rosey Yunus yang datang melawat dan melihat usaha kreatif pihak sekolah tersebut baru-baru ini.

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Tanjung Belipat Batu Niah, Daerah Subis yang terpilih untuk program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) terus mempergiatkan aktiviti kreatif dengan pelbagai pengubahsuaian demi pembangunan pendidikan dan keindahan sekolah.

Kerjasama dan usaha kreatif di antara pihak ibu bapa dan guru telah berjaya menarik perhatian Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus berkunjung santai ke sekolah berkenaan pada 21 Oktober lepas.

Guru Besar SK Tanjung Berlipat, Ahmad Yajis Jari-ee ketika ditemu ramah Stail menzahirkan perasaan gembira kerana usaha untuk menjayakan TS25 mendapat perhatian pelbagai pihak, termasuk peruntukan berjumlah RM80,000  daripada Datuk Rosey Yunus untuk pembangunan sekolah.

Antara yang menarik perhatian di sekitar sekolah ini ialah kecantikan pusat sumber, perpustakaan, bilik guru, bilik guru besar dan taman sekolah yang telah diubah suai secara kreatif.

Usaha TS25 di dalam mengindahkan sekolah telah melibatkan semua sekolah yang terdiri daripada 11 guru, 105 pelajar dan ibu bapa pelajar serta penglibatan pihak swasta.

Antara perubahan ketara ialah bangunan perpustakaan yang dicat warna ungu,  bilik guru yang kemas dengan meja disusun rapi berserta hiasan bunga dan  gambar di setiap sudut dinding serta banyak lagi.

Perubahan ini bukan sahaja menarik perhatian tetapi juga mampu mewujudkan kesungguhan kepada semua untuk menjayakan TS25, selain menarik minat kepada pelajar untuk berusaha menimba ilmu pengetahuan.

TS25  mempunyai tiga tunjang utama iaitu Pemimpin Berkesan, Guru Berkualiti dan Sokongan PIBG serta Komuniti.

Ketiga-tiga tunjang ini jika berjaya digembleng, maka konsep TS25 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan tercapai iaitu melahirkan modal insan yang unggul di Daerah Subis ini.

Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) turut diperuntukkan projek kecil luar bandar (MRP) sejumlah RM5,000 sebagai dana menjalankan aktiviti di sekolah ini.

Justeru itu, pihak sekolah dan ibubapa sangat berharap SK Tanjung Belipat ini akan mampu menjadi sebuah sekolah contoh dan cemerlang di Daerah Subis.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: OSEIC Sarawak untuk kanak-kanak berkeperluan khas
Next: Linut, makanan tradisi masih diminati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.