Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ICQS Serikin dijangka siap 2028, pacu Bau sebagai pintu masuk strategik
  • TEMPATAN

ICQS Serikin dijangka siap 2028, pacu Bau sebagai pintu masuk strategik

Utusan Sarawak 3 hours ago
TIMBALAN Menteri Pengangkutan Sungai dan Laut, Henry Harry Jinep, ditemui media selepas menghadiri majlis kunjungan Tahun Baharu Cina di Kuching, hari ini.

PETRA JAYA: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Serikin dijangka mula beroperasi menjelang 2028 sekali gus memperkukuh peranan Bau sebagai pintu masuk strategik di sempadan Sarawak–Kalimantan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sungai dan Laut, Henry Harry Jinep, berkata projek tersebut kini berada pada fasa pelaksanaan selepas kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta.

Menurutnya, kontraktor telah memasuki tapak dan kerja-kerja awal pembinaan berjalan lancar tanpa sebarang kekangan besar setakat ini.

“Projek ini amat dinanti-nantikan penduduk setempat khususnya masyarakat di Bau. Kehadiran ICQS kelak akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan perdagangan rentas sempadan,” katanya ketika ditemui media pada majlis kunjungan Tahun Baharu Cina di kediaman seorang ahli perniagaan tempatan, di sini, hari ini.

Beliau menambah, pengoperasian ICQS itu bukan sahaja memudahkan urusan keluar masuk sempadan, malah berpotensi mentransformasikan Serikin sebagai hab transit yang lebih tersusun dan berdaya saing.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah cadangan pembinaan lebuh raya sepanjang sekitar 22 kilometer dari pekan Bau ke sempadan Serikin turut dikemukakan bagi meningkatkan kesalinghubungan ke kawasan tersebut.

Jelasnya, jaringan infrastruktur yang lebih baik akan memberi limpahan manfaat kepada sektor pelancongan, peruncitan dan perusahaan kecil di sekitar kawasan sempadan.

Tambah beliau, pembangunan bersepadu itu selaras dengan usaha memperkasa pertumbuhan ekonomi wilayah serta menyokong agenda pembangunan Sarawak secara menyeluruh.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: 5,000 pengunjung meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Sarawak 2026
Next: Tun Wan Junaidi harap Tahun Kuda limpahkan rezeki dan kesejahteraan buat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.