Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • ICQS Merapok gagalkan cubaan PATI masuk Sabah
  • JENAYAH

ICQS Merapok gagalkan cubaan PATI masuk Sabah

Utusan Sarawak 6 hours ago
TUMPAS…PATI yang ditahan di ICQS Merapok oleh pihak berkuasa.  

LAWAS: Pihak Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Merapok, Lawas, berjaya mematahkan cubaan pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki Sabah secara haram menggunakan sebuah kenderaan dalam satu pemeriksaan pagi semalam.

ICQS Merapok Lawas dalam satu perkongsian di laman sosial rasminya berkata pegawai yang bertugas di ICQS Merapok telah berjaya membuat satu tangkapan melibatkan beberapa individu warganegara asing dalam insiden yang berlaku 8.30 pagi. 

Kejadian berlaku ketika kenderaan tersebut melalui pemeriksaan di kaunter Imigresen Sarawak untuk memasuki Sabah. Pegawai bertugas mengesan pergerakan di dalam kenderaan yang dipandu suspek dan mengarahkan semua individu di dalamnya keluar.

“Hasil pemeriksaan semula kesemua individu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri, dan di syaki melakukan kesalahan Imigresen. Semuanya telah ditahan dan diserahkan kepada Unit Penguatkuasa Lawas untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Semua individu juga gagal memberikan penjelasan munasabah mengenai status dokumen masing-masing dan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Katanya pihak ICQS telah berjaya mematahkan percubaan PATI  untuk keluar daripada sarawak tanpa pemeriksaan Imigresen, sekali gus membuktikan integriti pegawai dalam menjaga keselamatan negara sentiasa terpelihara.

“Usaha seumpama ini akan sentiasa diteruskan dan memastikan kes rentas sempadan akan sentiasa dikawal dengan sebaik mungkin,” katanya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 30,000 haiwan hidup dirampas, operasi banteras perdagangan hidupan liar
Next: Lelaki warga asing ditahan, disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.