Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • ICC tolak aduan etnik Uighur
  • GLOBAL

ICC tolak aduan etnik Uighur

Utusan Sarawak 4 years ago
ETNIK Uighur di China. • Foto AFP

THE HAGUE: Pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menolak gesaan etnik Uighur yang berada dalam buangan, supaya menyiasat China atas dakwaan melakukan genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Pejabat ketua pendakwa raya berkenaan memaklumkan perkara itu dalam satu laporan, semalam.

Kumpulan Uighur terbabit menyerahkan pelbagai bukti kepada pihak mahkamah, Julai lalu, dengan menuduh China mengurung lebih sejuta etnik itu dan minoriti lain yang kebanyakannya Muslim di kem pendidikan semula, serta memandulkan wanita secara paksa.

Namun pejabat pendakwa raya, Fatou Bensouda, berkata ia tidak dapat mengambil tindakan kerana perbuatan didakwa itu adalah di wilayah China yang bukan penandatangan ICC yang berpangkalan di sini.

Selain itu, menurut laporan terbabit lagi, ‘tiada asas untuk meneruskan tindakan buat masa ini’ berhubung dakwaan berasingan bahawa etnik Uighur dihantar pulang secara paksa ke China dari Tajikistan dan Kemboja.

Kumpulan Uighur itu menegaskan, walaupun dakwaan penghantaran pulang terbabit tidak berlaku di China, ICC boleh mengambil tindakan kerana ia berlaku di wilayah Tajikistan dan Kemboja di mana kedua-duanya adalah negara anggota ICC.

Peguam kepada etnik itu kini memohon mahkamah berkenaan untuk membuat pertimbangan semula ‘atas dasar bukti atau fakta baharu’, menurut laporan pendakwa raya ICC terbabit.

China telah menafikan tuduhan berkenaan dengan menyifatkannya sebagai tidak berasas, dan mendakwa kemudahan terletak di wilayah Xinjiang itu adalah pusat latihan kerja bertujuan untuk mencegah keganasan. – AFP

Continue Reading

Previous: Kemenangan Biden disahkan
Next: Tabung Gates gesa agih vaksin secara adil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.