Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ibu tunggal anak lima ditahan positif dadah
  • NASIONAL

Ibu tunggal anak lima ditahan positif dadah

Utusan Sarawak 5 years ago
DITAHAN… Seorang ibu tunggal antara 24 penagih dadah yang ditahan AADK Kuala Muda di Flat Paya Nahu dekat sini Selasa lepas.• Foto BERNAMA

ALOR SETAR: Ibu tunggal anak lima antara 24 individu yang ditahan positif dadah dalam operasi yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda di sekitar daerah itu, semalam.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda Arnida Ishak berkata, dalam serbuan yang dilakukan di sebuah rumah di Flat Paya Nahu, Sungai Petani, wanita berumur 30 tahun itu ditahan kerana positif dadah jenis syabu dan morfin.

“Wanita yang mempunyai lima anak berusia satu hingga 13 tahun itu ditahan di rumah teman lelakinya yang juga dipercayai penagih dadah, namun lelaki itu tiada di rumah semasa serbuan dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Arnida berkata, dalam serbuan yang bermula 9.00 pagi hingga 10.00 malam di 12 kawasan panas sekitar Kuala Muda itu, pihaknya turut menahan 23 lelaki berumur antara 22 hingga 58 tahun yang positif dadah pelbagai jenis.

“Hasil saringan ujian urin, 24 individu didapati positif dadah jenis syabu, ganja dan morfin. Kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Muhyiddin rasmi Perpustakaan Parlimen baharu
Next: LGE minta MK dedah senarai 101 projek

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.