Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ibu mentua Menteri Kerja Raya meninggal dunia
  • TEMPATAN

Ibu mentua Menteri Kerja Raya meninggal dunia

Utusan Sarawak 7 months ago
MENDIANG Puan Sri Elizabeth Pawa.
Foto: Facebook Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

KUCHING: Ibu mentua kepada Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, meninggal dunia di kediamannya di sini, hari ini.

Mendiang Puan Sri Elizabeth Pawa, 76, yang juga isteri bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak, mendiang Tan Sri Celestine Ujang Jilan, menghembuskan nafas terakhir, 9.55 pagi tadi.

Nanta mengumumkan pemergian ibu mentua tercinta menerusi hantaran di akaun Facebook rasminya hari ini.

“Pemergiannya meninggalkan kekosongan yang tidak dapat digantikan dalam hidup kami dan kami meratapi kehilangan ibu yang disayangi.

“Bagi yang mengenalinya, beliau seorang yang istimewa dan pasti ingatan terhadapnya akan terpahat di hati kita selama-lamanya,” katanya.

GAMBAR kenangan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan keluarga bersama mendiang Puan Sri Elizabeth Pawa.
Foto: Facebook Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Nanta, justeru berkata, mereka sekeluarga mengambil masa untuk bertenang mengenangkan detik berharga bersama mendiang.

“Dalam kesedihan yang mendalam ini, kami mendapat kekuatan dan sokongan keluarga serta rakan-rakan ketika kami mengharungi detik sukar ini.

“Kami juga dengan rendah hati memohon doa anda semua supaya kami tabah menerima kehilangan yang besar ini,” katanya.

Oleh Noor Ikmal 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Larian FitMalaysia, JUST tarik 1,500 peserta
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi zahir ucapan tahniah kepada Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.