Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Ibu lega, anak dan menantu selamat, hanya cedera dalam nahas ragut nyawa 15 penuntut UPSI
  • KEMALANGAN

Ibu lega, anak dan menantu selamat, hanya cedera dalam nahas ragut nyawa 15 penuntut UPSI

Utusan Sarawak 3 days ago
KEADAAN semasa di kawasan kejadian kemalangan yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, awal pagi semalam, pada tinjauan Bernama. Siasatan awal polis mendapati, kemalangan itu dipercayai berpunca apabila bas yang dinaiki mereka terlanggar bahagian belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Alza, sebelum terbalik. FotoBERNAMA

BALING: Ibu kepada pemandu Perodua Alza, Norlian Abd Halim, 58, meluahkan rasa syukur dan lega apabila anak, menantu serta dua cucunya hanya mengalami kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan yang meragut 15 nyawa di Gerik, Perak, awal pagi semalam.

Menurut Norlian, anaknya, Mohd Lutfi Radzi, 37, menghubunginya kira-kira 8.30 pagi, namun panggilan tersebut tidak sempat dijawab sebelum beliau bertindak menelefon semula.

“Dia beritahu mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan… Makcik ada lihat video kemalangan itu, tapi kerana terlalu sedih, makcik tak mampu tengok sampai habis.

“Makcik bersyukur mereka selamat… Makcik harap anak, menantu dan cucu-cucu cepat sembuh,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Pondok Ustaz Bakar, Parit Panjang, dekat sini, hari ini.

Menurut Norlian, menantunya, Nurul Ain Zakaria, 35, yang masih dirawat di Hospital Baling mengalami kecederaan pada tulang rusuk kiri, manakala cucunya, Nur Aisyah Nafishah Mohd Lutfi, 6, patah kaki kanan.

Sementara itu, seorang lagi cucu, Muhammad Ahsan Nafis, 2, tidak mengalami sebarang kecederaan selepas terjatuh ke dalam longkang. Kanak-kanak itu juga telah menjalani pemeriksaan imbasan X-ray sebagai langkah berjaga-jaga.

“Mohd Lutfi pula sudah dibenarkan keluar wad, tetapi kini berada di hospital bagi menjaga isteri dan anak-anaknya,” katanya.

Norlian berkata anak dan menantunya yang merupakan guru sedang dalam perjalanan pulang ke Kedah, selepas menyambut Aidiladha bersama keluarga mentua di Terengganu sejak minggu lalu.

Media sebelum ini melaporkan, Perodua Alza yang dinaiki Mohd Lutfi sekeluarga terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di Gerik, Perak, awal pagi semalam.

Nahas terbabit meragut 15 nyawa penuntut UPSI yang berusia lingkungan 21 hingga 23 tahun, yang dikatakan dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu menuju Tanjung Malim, Perak. – Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Nahas di Gerik: Lima jenazah pelajar UPSI selamat dikebumikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.