Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Ibu Hafiz Suip selamat dikebumikan
  • HIBURAN

Ibu Hafiz Suip selamat dikebumikan

Utusan Sarawak 13 hours ago
SELAMAT DIKEBUMIKAN… Jenazah Allahyarham Halizawati, ibu kepada penyanyi Hafiz, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang, Petra Jaya, hari ini. Foto Ihsan Azim SAH Entertainment

PETRA JAYA: Jenazah ibu kepada penyanyi terkenal, Hafiz Suip, iaitu Allahyarham Halizawati Salleh, 62, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang, di sini, kira-kira 11.00 pagi tadi.

ALLAHYARHAM Halizawati Salleh.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 9.40 semalam di Hospital Umum Kuching, akibat komplikasi penyakit kencing manis.

Menurut sumber terdekat, arwah dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu selepas mengadu tidak sihat sebaik pulang ke Sarawak.

“Beberapa hari selepas pulang dari Kuala Lumpur, arwah mengadu kurang sihat dan dirawat di hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir semalam,” kata sumber.

Sebelum itu, Allahyarhamah Halizawati sempat menghadiri Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip di Megastar Arena, Kuala Lumpur, pada 1 November lalu.

HAFIZ kelihatan sugul ketika mengiringi jenazah ibunya ke tanah perkuburan Samariang, Petra Jaya, Sarawak, pagi tadi. Foto Ihsan Azim SAH Entertainment

Allahyarham yang hadir menaiki kerusi roda dan ditolak suaminya, Mohd Suip Mohamad, membuat kejutan dengan naik ke pentas untuk menyampaikan jambangan bunga kepada anak kesayangannya Hafiz di hadapan kira-kira 3,500 penonton.

Beberapa hari selepas konsert berkenaan, arwah kembali ke Sarawak sebelum dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan yang dialami.

Untuk rekod, Hafiz mengambil keputusan untuk menetap di Kuching bagi menjaga Allahyarham ibunya, yang ketika itu berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan.

HAFIZ mencium wajah ibunya buat kali terakhir. Foto Ihsan Official Hafizfc

Penyanyi itu pernah berkongsi bahawa ibunya merupakan sumber inspirasi terbesar dalam kehidupannya dan sentiasa memberi dorongan agar beliau terus berkarya, meskipun berdepan pelbagai cabaran.

Allahyarham Halizawati Salleh menghidap penyakit kencing manis (diabetes) kronik yang menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan. Sebelum pemergiannya, kaki kiri arwah terpaksa dipotong hingga paras lutut akibat komplikasi penyakit tersebut.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Malaysia jadi destinasi pertama siri jelajah konsert Jessica Jung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.