Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ibu diugut ceti haram akan diculik, dipaksa jadi pelacur di Kemboja
  • TEMPATAN

Ibu diugut ceti haram akan diculik, dipaksa jadi pelacur di Kemboja

Utusan Sarawak 3 hours ago
KETUA Biro Aduan Awam SUPP, Milton Foo dan mangsa.

KUCHING: Seorang wanita berusia 26 tahun dari MJC, dikenali sebagai Chong, mendakwa telah diugut along atau ceti haram untuk membayar hutang RM 500 yang dipinjam oleh bekas suaminya, atau dia akan diculik dan dipaksa menjadi pelacur di Kemboja.

Chong berkata along tersebut turut mengugut untuk menculik dua orang anaknya yang berusia 4 dan 8 tahun serta menghantar video api marak sebagai amaran bahawa rumahnya akan dibakar.

Dalam sidang media bersama Ketua Biro Aduan Awam SUPP, Milton Foo, Chong berkata menerima mesej, panggilan dan video daripada along kira-kira 11.24 pagi Sabtu lalu. Lelaki tersebut mendakwa bekas suaminya menggunakan nombor telefon Chong sebagai nombor rujukan kecemasan.

Pada 1.00 petang hari yang sama, along menelefonnya sekali lagi dan mengugut supaya membayar hutang tersebut. Lelaki itu turut mendakwa dia mempunyai gambar serta dokumen Chong dan anak-anaknya. Chong berkata kebimbangan utamanya adalah keselamatan anak-anaknya.

Along tersebut juga mendakwa dirinya ketua sebuah kumpulan gangster dan akan melaksanakan ugutannya.

Chong telah membuat laporan polis.

Foo menasihatkan mangsa supaya tidak takut atau tunduk kepada tuntutan along, kerana jika mereka membayar sekali, mereka akan terus didesak membayar lebih banyak.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Milton Foo nasihat mangsa supaya tidak mengalah kepada along
Next: Bekas pelajar TLC Class of 1974/75 raikan ‘Reunion Emas 50 Tahun’ di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.