
AUCKLAND: Seorang wanita warga New Zealand, Hakyung Lee, 45, didapati bersalah membunuh dua anaknya dan menyembunyikan mayat mereka dalam beg pakaian — kes yang digelar sebagai “pembunuhan dalam beg pakaian”.
Kedua-dua mangsa, Yuna Jo, 8, dan Minu Jo, 6, dipercayai meninggal dunia tiga hingga empat tahun sebelum mayat mereka ditemui.
Lee, yang diekstradisi dari Korea Selatan pada 2022, mengaku memberi anak-anaknya ubat antikemurungan sebelum menyembunyikan mayat mereka, tetapi mendakwa tidak waras ketika kejadian akibat kemurungan selepas kematian suaminya.
Namun, juri mengambil hanya dua jam untuk mendapati beliau bersalah atas tuduhan membunuh.
Lee kini berdepan hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh parol minimum 10 tahun di bawah undang-undang New Zealand.
Pendakwa raya menyifatkan tindakan Lee sebagai perancangan untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab sebagai ibu tunggal, manakala pembelaan menegaskan beliau bertindak di luar kawalan akibat tekanan mental. – AFP